Endra membetulkan rambutnya di hadapan cermin. Rambutnya sudah pendek. Entah kenapa dia rasa pelik dengan rambutnya sekarang. Mungkin kerana selama ini, rambutnya panjang. Tiba-tiba bibirnya menguntum senyuman di balik cermin. Raden Calessa. Nama itu disebut-sebut di dalam hatinya.
Selesai saja menilik diri, dia keluar dari bilik. Turun saja dari tangga, wajah ceria mamanya menyediakan sarapan pagi.
"Selamat pagi mama ku yang cantik bagai bidadari!" Tegur Endra. Terkejut Dhia di buatnya di terjah begitu secara tiba-tiba.
"Ya Allah bertuah punya anak! Selamat pagi anak mama yang handsome, Endra nak makan apa? Mama buatkan."
"No it's okay, Endra boleh buat sendiri." Kata Endra sambil menarik kerusi melabuhkan punggungnya. Dhia juga begitu. Pinggan kaca di berikan kepada anak lelakinya sambil memandang hairan.
"Kenapa mama tengok Endra macam tu?"
"Mama rasa macam ada sesuatu yang tak kena dengan anak lelaki mama sekarang ni."
Dahi Endra berkerut. Sesuatu yang tak kena?
"Kenapa mama? Muka Endra nampak macam tak mandi ke?"
"Rambut! Anak mama dah potong rambut!" Tegur Dhia.
Endra terdiam. Habis! Habis! Bersiap sedia soalan yang bakal di tanya oleh mamanya sebentar lagi.
"Mama pelik, sebelum-sebelum ni mama suruh Endra potong rambut, tak ada pula Endra potong. Ini kenapa tiba-tiba? Anak mama tengah di lamun cinta ke sekarang ni?" Tanya Dhia seperti seorang polis.
"Mana ada! Tak ada jatuh cinta!" Sangkal Endra dengan pantas. Dhia mengecilkan matanya sedikit memandang anak lelakinya.
"Edra mana ma? Ezara mana? Tak bangun lagi?" Endra mula tukar topik. Nak lari punya pasal.
"Mula la tu nak tukar topik kan? Edra pagi-pagi dah pergi class. Ezara pula tengah tidur lagi rasanya."
Endra angguk.
"Endra, mama nak minta tolong sikit boleh?"
"Kenapa ma? Minta tolong apa?"
"Teman mama pergi beli barang rumah... Endra ada nak keluar mana-mana ke?"
"Tak apa ma, kerja Endra boleh di tunda. Kita nak pergi pukul berapa?"
"Lepas sarapan kita pergi la.."
"Ezara nak ikut!" Jerit Ezara dari tangga.
"Pergi mandi dulu Ezara, ini mesti gosok gigi pun belum kan?"
"Mana ada! Ezara dah gosok gigi okay? Abang nak bau ke?"
Endra menunjukkan wajah gelinya.
"Ma... mama tahu tak, Ezara rasakan abang tengah bercinta la sekarang. Mama tengok la, rambut dah potong. Dah kemas. Dah makin handsome sekarang." Adu Ezara. Endra mengawal riak wajahnya. Dhia tersenyum.
"Tak lama lagi mama terima menantu la macam ni kan?" Usik Dhia.
"No! Ezara, jangan merepek boleh tak?"
"Apa? Ezara cakap benda betul. Makin lama makin pelik Ezara tengok perangai abang. Macam orang tengah bercinta. Mama faham kan maksud Ezara?"
Dhia angguk. Faham! Faham sangat!
Endra kembali diam. Dah kalau mama mula menyokong adik bongsunya, percayalah dia tak akan menang.
"Mama pergi la siap, Ezara pergi mandi. Kalau tak abang tinggal." Kata Endra. Dia bangun dari kerusi meninggalkan meja makan. Kaki terus melangkah keluar dari rumah pergi ke taman. Mengambil angin pagi. Telefon bimbitnya di bawa keluar.
YOU ARE READING
HIS CODE NAME: KING ( IN EDITING )
RomansaENDRA RAIYAN "They called him dangerous, but he was my safe."- RADEN CALESSA