BAB 4

10.7K 1.5K 463
                                    

"Kau gila! Hah? Kau memang dah gila Endra!" Tengking Syed Ezra Hariz. Kehulu hilir dia bergerak memikirkan apa yang di katakan oleh kawan baiknya itu. Sah Endra sudah gila. Keputusan bodoh apa yang lelaki itu cuba lakukan?

"Hariz, chill man... Endra, cuba kau bagitahu kami sekarang apa sebenarnya rancangan kau ni?" Tuan Aiden Farrel bersuara lembut. Dia masih menanti jawapan dari lelaki itu.

"Kau pun tahu kalau daddy aku tahu pasal ni, teruk kau akan kena nanti Endra." Elijah masuk campur. Gelas kaca berisi air arak di belek olehnya.

Endra hanya merenung ke luar tingkap. Kedua belaj tangannya menyeluk masuk ke dalam poket seluar.

"Aku tak rasa keputusan untuk kau tinggal terus dengan ayah kandung kau keputusan yang tepat Raiyan. Kau pun tahu selepas ini, kau akan warisi semuanya." Rayyan Foo pula bersuara.

"Aku tahu apa yang aku buat." Jawab Endra tegas.

Syed Ezra Hariz mengeluh kasar.

"Kau ni, belajar tinggi. Tapi otak kau tak boleh fikir dengan baik. Aku pelik la, kau tak macam ni Endra. Kita kawan dari kecil lagi. Kau tak pernah macam ni." Kata Syed Ezra Hariz.

"Aku tak sokong dengan apa keputusan kau kali ini Endra, mama Dhia perlukan kau. Kau fikirkan perasaan dia kalau kau tinggalkan dia? Aku tahu Endra, ayah kandung kau tak akan biarkan kau tinggal di Malaysia. I know him." Kata Tuan Aiden Farrel pula. Lembut saja tidak kasar. Dia tahu Endra perlukan seseorang untuk dia luahkan semuanya.

"Aku kenal Musso Alhandro tu Endra.. dia licik, tak kira apa pun ada saja rancangan jahat yang dia rancang. Kau fikir la baik-baik. Kau ada keluarga." Pesan Tuan Aiden Farrel lalu berjalan keluar dari bilik kerja itu.

Syed Ezra Hariz mengeluh kasar. Dia juga turut meninggalkan mereka di situ. Kini hanya tinggal Rayyan Foo dan juga Elijah.

"Aku sokong apa yang Aiden cakap tu Endra... kau ada keluarga. Mama Dhia perlukan kau di sisi dia. Jauh mana pun kau lari, kau tetap anak dia." Rayyan Foo pula bangun keluar dari bilik kerja itu.

Elijah meneguk dengan rakus air arak itu. Dia bangun dari sofa sambil memandang Endra. Dia berjalan menghampiri lelaki itu.

Endra memandang tajam ke arah Elijah. Elijah ketawa kecil.

"Aku tahu, kalau aku cakap pun macam tak ada guna sebab aku la paling bermasalah sekali. Tapi, kita sepupu Endra. Kau anak lelaki kut, tak mungkin kau nak buat mama kau menangis kan?"

"Tapi ikut kau la, kalau kau rasa tinggal dengan ayah kandung kau bawa keuntungan besar pada kau. Teruskan! Aku dan yang lain tak tahu apa rancangan sebenar kau. Dan aku yakin, kau ada sebab yang tersendiri."

"Fikir baik-baik sebelum kau buat apa pun keputusan. Fikir ke depan dan jangan fikir ke belakang. Kau ada mama, kau ada Edra, kau ada Ezara untuk di jaga. Tanggungjawab kau besar. Dan sebagai anak lelaki, tak gentle kalau kau buat mama kau menangis. Aku cakap berdasarkan pengalaman bro!" Pesan Elijah sambil menepuk bahu lelaki itu.

"Aku cau dulu, girlfriends aku tengah tunggu dekat bawah sekarang...Bye!"

Endra mengeluh kasar. Rambut panjang nya di tarik ke belakang. Kepala mula berdenyut-denyut.

"Raden." Nama itu di sebut. Tanpa berkata apa, dia mengambil telefon bimbitnya dan kunci kereta keluar dari bilik kerja itu.

Turun dari tangga, wajah Ezara berada di hadapan mukanya. Sambil memandang tajam.

"Abang buat apa dekat crush Ezara?"

Endra berkerut. Crush?

"Crush? Abang tak kenal..."

HIS CODE NAME: KING ( IN EDITING )Where stories live. Discover now