[COMPLETE]
------------------------------------------------------------------------
"Kita sama-sama di angkasa, tak kisah di mana saja kita berada. Jadi, walaupun kita tidak bersua muka, pandanglah langit. Langit akan menyampaikan pesan bahawa kita...
Sampai di ruang udara tempat koordinat yang diberikan Kapten Jane, Paskal dan Paskau pantas turun dari tali yang sedang berjuntai ke bawah.
Ada beberapa deretan kedai yang terdapat kilang besar di hadapannya. Kilang yang mana bau kimia sungguh kuat. Pelik sungguh. Di kawasan pekan yang ramai penduduk ini, boleh ada kilang yang mengganggu gugat keadaan udara sekeliling? Namun, sepertinya kilang itu sudah lama beroperasi. Tetapi, tiada tindakan yang diambil terhadap pemilik kilang itu.
Aya dan Syed mendarat di bumbung kilang itu dek kerana bumbungnya berbentuk flat, muat untuk helikopter yang dikemudikan Aya mendarat kemas.
Aya dan Syed setia menunggu arahan seterusnya bersama pasukan medik. Suasana hening kemudian bertukar menjadi hingar dari bawah bangunan.
"Medical team needed!— Please come to the front factory building— immediately!" Satu arahan dikeluarkan dari corong radio.
Aya pantas menarik rotor dan mengapungkan helikopter itu sebelum sedia mendarat di hadapan jalan kilang kimia itu. Pasukan medik pantas turun dan menuju ke ruangan kilang yang sudah terbuka luas pintu jeriji besi. Kelihatan juga beberapa orang tempatan sudah ditawan oleh pasukan khas.
"Apa yang dah terjadi ni?" Syed menyoal.
"Entah. Nampak serius." Balas Aya. Matanya sibuk memerhatikan satu persatu yang terjadi di tempat kejadian itu.
Seketika kemudian, pasukan medik pantas menolak satu katil mudah alih ke arah helikopter. Darah menitik jatuh dari bahu seorang insan yang tercedera.
"Cepat, kita kena segera ke hospital tentera!" Arah seorang doktor dari pasukan medik itu kepada Aya dan Syed.
Aya mengecilkan matanya apabila memandang ke belakang. Dia kenal benar dengan susuk tubuh yang berlumuran darah itu. Insan yang Jack sangat risaukan, Kapten Jane.
"Kapten Jane ke tu?" Aya meminta kepastian. Syed juga turut menoleh ke kabin belakang heli. Mulutnya ternganga luas.
"Move!" Doktor itu mengarah.
"IS THAT CAPTAIN JANE, I ASK!" Aya meminta kepastian sekali lagi.
"Yes, she is being shot! SHE HAS LOST A LOT OF BLOOD! NOW, MOVE!" Terang doktor itu dengan nada kuat bercampur cemas.
Aya pantas menarik rotor sekali lagi lalu terbang tinggi membelah angkasa pada kelajuan yang pantas. Hatinya berdebar bercampur terkejut.
'Bagaimana dan kenapa Kapten Jane boleh ditembak? Ya Allah, selamatkan dia. Selamatkan wanita ini. Selamatkan seorang anak juang nusa yang ikhlas berbakti kepada negara ini!'
Aya berdoa dengan seikhlas hati.
Perjalanan ke hospital tentera mengambil masa selama empat puluh minit. Bantuan oksigen sedang diberikan supaya Jane dapat bertahan sebelum sampai ke hospital.
Sepanjang perjalanan, Aya sempat menangkap beberapa perbualan para medic yang ada. Perbualan yang mengerikan tentang keadaan Jane. Apakah dia masih dapat bertahan dengan bantuan semasa yang ada?
Aya melajukan pengemudiannya. Helikopter itu sampai di ruang udara atas hospital dan mendarat kemas. Beberapa doktor dan jururawat telah menantikan helikopter itu dari bawah.
Sejurus selepas pintu kabin helikopter dibuka, Jane segera dibawa ke bangunan hospital.
"Syed, kau tunggu sini kejap. Aku nak turun tengok Jane." Aya berkata tanpa berfikir. Hatinya menyuruhnya begitu.
"Eh Aya, kita kena terus balik ke base..."
BAM!
Belum sempat Syed menghabiskan kata-katanya, Aya sudah menghempas pintu heli dan berlari pantas turun ke tingkat bawah bangunan. Seingat Aya, Jane akan dibedah di bilik bedah kecemasan tingkat empat, hasil dia mencuri dengar perbualan paramedik tadi.
Sesampainya dia di tingkat empat, Aya terus menuju ke kaunter jururawat untuk bertanya.
"Kami pun belum tahu lagi keadaan sebenar Puan Aysa. Puan boleh tunggu tapi mungkin lama. Maaf puan. Puan kena tunggu di luar saja." Kata jururawat itu.
"Ya, saya faham..." Kata Aya. Dia hanyalah mahu memastikan Jane selamat masuk dan masih bertahan. "Tak apa, saya minta diri dulu.
Aya mengatur langkah dan menapak ke tingkat atas bumbung. Dia perlu pulang ke pangkalan bersama helikopter yang dia kemudikan.
Hanya doa dari jauh buat Kapten Jane dapat dia kirimkan...
BERSAMBUNG...
💖 Jangan lupa Vote dan Comment 💖
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.