Laut pagi itu kelihatan sangat tenang. Sesekali burung Buller dan Burung raja udang berekor putih singgah di permukaan, pantas menyambar sang ikan yang sedang leka berenang. Tenangnya laut yang berombak menenteramkan hati dan jiwa yang sedang berkelana.
Aya berbaring seperti biasa di lantai dek pelantar tentera. Matanya dipejamkan dari terkena silau sinaran mentari. Lengannya diletakkan di atas dahi. Fikirannya jauh melayang memikirkan tentang hari ini adalah hari yang terakhir Jack ada di sini. Adakah dia akan merindui insan yang seorang itu, atau adakah hati akhirnya akan tenang juga seperti lautan di hadapannya setelah Jack pergi? Entahlah, dia sendiri tidak tahu. Mula-mula suka kemudian bertukar menjadi benci. Agaknya apa pula yang akan terjadi selepas ini? Bermasam muka? Bertarung untuk tengok siapa lagi hebat?
Aya mengeluh dalam.
Selepas kejadian Aya membawa pulang Jane tempoh hari, Jack seperti menjauhkan diri daripadanya. Masih marahkah? Atau, masih dendamkah? Aya bingung. Rumit juga ye orang lelaki ni. Cakap jelah apa yang terbuku di hati tu terang-terang. Ini nak mengelak pulak. Aduh, peninglah!
Oh ya tak ya, Aya yang menyuruh dia berlutut jika Aya yang jumpa si Jane. Sejujurnya, bukan dia yang mencari Jane. Mereka tidak sengaja bertemu kerana Jane sendiri cedera parah. Kebetulan helikopter yang dikemudi Aya membawa pasukan paramedik, maka Ayalah yang perlu membawa Jane ke hospital untuk dirawat.
Hmm, bagaimanalah agaknya keadaan Jane...? Tidak tahu dari mana dia boleh mendapat status terkini Jane. Semoga Jane baik-baik saja...
"Best ke bersantai kat sini?" Satu suara menyapa Aya.
Aya membuka sebelah mata sebelum mendongak ke langit atas. Satu kelibat manusia sedang memandangnya dari balik silau matahari. "Siapa...?"
Insan itu lantas duduk di sebelahnya. "Akulah... Zayd."
Aya yang sedang berbaring, pantas bangun dan terus duduk berlunjur. Terasa sedikit malu berbaring santai dengan selamba.
"Oh, kau. Kenapa?" Aya bertanya namun matanya lilau memandang laut biru yang terbentang luas. Lagi satu, kenapa Jack mula membahasakan diri dia sebagai 'Zayd'? Err...
"Aku... Dah sedia nak melutut..." Kata Jack perlahan.
Aya sedikit terkejut mendengarkan buah bicara Jack yang tersangat tiba-tiba itu. Bagai membaca fikiran Aya sebentar tadi.Perlahan-lahan Aya ketawa sebelum ketawanya menjadi besar. "You kidding right?"
"Tak. Aku serius." Riak muka Zayd betul-betul menunjukkan riak seseorang yang ingin menunaikan janjinya.
"Aduhai. Tak perlulah. Aku saja je cabar kau, dah kau emo sangat."
"Eh, mana boleh. Seorang askar kena tunaikan janji dia kan, kau cakap?" Jack menuntut kembali kata-kata Aya.
"Ye lah. Tapi, kalau janji yang bukan-bukan tu tak perlulah. Biasalah tengah marah, kan?" Sisa ketawa Aya masih berbaki.
"Kalau macam tu, aku belanja kau makanlah." Jack mencadang.
"Jack, tak payah. Hari tu kebetulan je aku bawa Jane balik. Sebab dia cedera dan aku pula bawa team medik." Aya menjelaskan lagi.
"Zayd." Jack mencelah.
"Iye, Zayd... Tak payahlah susah-susah nak belanja bagai..." Aya menolak pelawaan itu.
"But, still... aku rasa macam tak sedap hati kalau tak tunaikan janji."
"Aduhhh kau ni. Ha yelah, belanja aku. Tempat mahal tau!" Aya mengalah. Mengalah pun dapat makan sedap apa salahnya, kan? Lagi pun, sudah lama dia tak keluar dari Perak ni. Berjalan ke Kuala Lumpur pun satu idea yang bagus.
![](https://img.wattpad.com/cover/341338389-288-k485959.jpg)
YOU ARE READING
ATMA ANGKASA [COMPLETE]
Acción[COMPLETE] ------------------------------------------------------------------------ "Kita sama-sama di angkasa, tak kisah di mana saja kita berada. Jadi, walaupun kita tidak bersua muka, pandanglah langit. Langit akan menyampaikan pesan bahawa kita...