EP 4: MENCARI JANE

560 34 7
                                    

Guruh yang berdentum disertai kilat sabung menyabung mulai reda. Hujan lebat juga mulai renyai. Namun, langit masih gelap kerana terlindung dek awan mendung.

Jack sudah bersiap sedia memakai sutnya lengkap. Hati yang gundah jelas terpapar dari raut wajahnya yang serius.

"Sabar, Jack. Kita kena tunggu arahan dari Engku." Aya menahannya.

"Eh. Team aku kat luar sana tengah hilang, kau rasa aku masih boleh bersabar ke? Hujan pun dah berhenti jadi aku nak get ready dekat heli." Ujar Jack ringkas sebelum memulakan langkah untuk keluar dari bilik kawalan itu.

"Hujan belum berhenti!" Aya menahannya.

"Kau jangan masuk campur." Jack membidas.

"Wei sedarlah! Kita ada peraturan menyelamat dekat perairan! TUNGGULAH DULU, ITU PUN SUSAH KE? ASKAR JENIS APA KAU NI? NAK ABAIKAN ARAHAN ATASAN KE? JANGAN JADI BODOH!" Jerit Aya. Sabarnya hilang dengan tindakan yang agak melulu pada pandangannya. Kali ini dia menyebelahi pandangan Pak Engku untuk tunggu dan lihat dulu keadaan semasa.

Syed terkaku. Ah, sudah perangai si Aya ni dah keluar dah. Syed memegang kepalanya tanda pusing. Bomber sudah siap sedia berdiri, bimbang jika berlaku sebarang pergaduhan yang melarat kepada pergaduhan fizikal.

Langkah Jack terhenti dan badannya terus berpaling ke arah Aya. Seraya itu, langkahnya mendekat lalu merentap kolar baju Aya dengan kasar. "Kau tak faham apa yang aku rasa. Jadi, kau... JANGAN— MASUK— CAMPUR!"

Kolar Aya ditolak dan Aya sedikit tercampak ke belakang. Aya segera bangun dan mendekati Jack semula.

"LEMBIK BETUL KAU NI! NI BASED TENTERA DAN SEMUA ARAHAN PERLU DIPATUHI! KALAU KAU NAK 'RASA-RASA' DALAM JALANKAN MISI, BAIK KAU BALIK KAMPUNG LAH!"

"Wei, Aya. Dahlah..." Syed menahannya.

"KAU CABAR AKU? EH, DENGAR SINI EH PEREMPUAN. YANG HILANG TU TEAM AKU. KALAU JADI APA-APA KAT TEAM AKU, KAU— SIAP!" Jack memberi amaran dari jari telunjuk yang diarahkan ke mata Aya. Mata Jack juga mempamer riak menakutkan.

Bomber menggeleng-geleng. "Geng, kita semua satu team. Tolong bawa bersabar. Jack, aku tahu. Aku faham... Kau sabar dulu."

"Aiman, Jane kot hilang! Kau nak pisang berbuah dua kali ke?"

"Aku tahu Jane dalam heli tu. Tapi, kau pun kena tahu yang dalam heli tu ada orang Navy jugak. Tentulah, Navy pun nak selamatkan orang depa. Jadi, kita sama-samalah bantu. Kalau kau pergi sekarang, langgar arahan, kau sanggup hadap akibat dia?" Bomber memberikan rasional. "Sanggup?"

Jack berundur selangkah. Dia menundukkan pandangannya. "Astaghfirullahalazim..."

Syed menarik Aya untuk duduk dan juga turut bertenang. Dihalakan air mineral untuk Aya minum. Aya menyambut perlahan lalu bersandar. Kesumat hatinya memikirkan pergaduhan yang baru terjadi.

Tak disangka jejaka yang dia jatuh hati pada pandangan kali pertama, kini boleh bertukar menjadi musuh pula. Betullah kata orang, kalau suka seseorang tu jangan suka sangat, nanti suatu hari boleh bertukar benci.

Ya, dia benci Jack.

Tidak berapa lama kemudian, pintu dikuak oleh Pak Engku. Pak Engku perasan akan situasi yang tegang diantara kedua pihak itu.

"Apa yang dah terjadi ni?" Engku bertanya.

Pantas Bomber menjawab. "Tak ada apa-apa, Tuan!"

Engku memandang lagi satu persatu wajah anak buahnya. "Kita dah boleh mulakan misi menyelamat dan mencari. Masih ada satu jam sebelum maghrib menjelang. Jadi, kita kena pantas. Dan Jack, kau dikecualikan dari misi ni."

Membulat mata Jack mendengarnya. "Kenapa, Tuan?"

"Kau tak tenang dan serabut. Jadi, kau rasa aku nak izinkan kau ke laut?" Tegas Engku. "Yang lain ikut aku."

Bomber dan Syed mendahului langkah menuruti Engku. Manakala Aya sempat menyindir, "Padan muka." Sebelum dia beredar dari situ.

Puas hati Aya kerana Jack akhirnya ditundukkan dengan satu arahan. Ingat jadi tentera ni main-main ke? Aya menggeleng. Kot ye pun suka sangat si Jane tu, tak perlulah sampai nak cari gaduh dengan dia, Aya Sofya.

Ha, kan dah mendapat. Aya mendengus sebelum melajukan langkah ke tempat penyimpanan helikopter. Ada misi yang perlu dia lakukan.

Dia, satu-satunya tentera wanita di situ akan menunjukkan bagaimana misi menyelamat di laut akan dilakukan. Dia akan tunjukkan kepada Jack!

BERSAMBUNG...

💖 Jangan lupa Vote dan Comment 💖

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

💖 Jangan lupa Vote dan Comment 💖

ATMA ANGKASA [COMPLETE]Where stories live. Discover now