Puak L, puak yang dikatakan paling damai sekali dalam Negara Bawah Air. Puak yang sentiasa mengamalkan sistem keadilan. Puak yang tidak pernah tercemar dengan kejahatan manusia. Puak yang dilindungi oleh tentera berkaliber. Kehebatan Naga Tiga Siulan. Puak yang dicemburui oleh puak-puak lain.
Mereka dilindungi oleh jabatan terkuat. Namun tiada siapa mengetahui sisi syaitan puak itu.
' Kejahatan datang secara diam, halus dan tenang kerana tiada siapa sangka merpati itu pembelot '
Tanah menjadi tandus, tanda puak lain mahu menyerang Puak L. Mahukan keadilan. Mahukan layanan istimewa. Mahukan kuasa. Mahukan pangkat. Tak mahu mati. Tak mahu ditindas.
Sisi syaitan selalunya dilakukan oleh tali barut. Dan ia memalukan nama baik Puak L. Puak yang tak gentar menghadap 'BURUNG GAGAK'.
' Kebaikan datang secara tak sengaja, dirancang dan mudah kerana tiada siapa sangka burung gagak adalah penolong '
Benarkah Puak L sebenarnya jahat ?. Atau sekadar rekaan puak-puak musuh yang mahukan Puak L mampus ?. Ataupun konspirasi Puak L dah lama diketahui oleh Negara Bawah Air ?. Mati atau Hidup adalah ketentuan tuhan. Namun pembelaan wajar ditebus.
YOU ARE READING
L's NATION
HorrorKehidupan baharu tak semestinya membawa kebahagian, apabila jasad dipenuhi ketamakkan dunia, seorang harus berkorban