Chapter 5

213 14 0
                                    

Jeneral Han menjeling tajam. Badan Kwang Soo diliriknya. Rengusan kasar dilepaskan.

.

" Kenapa kau buat macam ni ? ". Jeneral Han bertanya. Ternyata Kwang Soo tidak berjaya mencuri Bayang Emas itu. Kasihan.

.

" Siapa beritahu kau ? Minju ? ". Kwang Soo meneka. Jika dia tahu Minju yang beritahu awal-awal lagi dia tak akan bekerjasama dengannya.

.

" Itu tak penting. Sekarang ini kenapa Kwang Soo ? Kenapa ? ". Jeneral berasa dirinya dibelot. Silap hari bulan semua rahsianya boleh terbongkar.

.

" Aku perlukan pangkat ! . Aku tak suka jadi budak bawahan ". Kwang Soo mengaku. Mungkin dengan cara itu hukumannya diringankan.

.

" Baiklah, aku terima pengakuan kau tapi aku tak boleh biarkan keluar dengan selamat. Maafkan aku ". Jeneral Han mengeluarkan sebilah pisau.

.

Empat tikaman cukup memengsankan Kwang Soo. Cukup satu jag darahnya. Darah merah pekat yang masih panas mengalir di pisau Jeneral Han. Singki yang disediakan digunakan untuk membasuh saki baki darah. Jeneral Han puas. Biarpun dia boleh sahaja bunuh Kwang Soo namun masanya belum tiba.

.

.

" Mana Kwang Soo ? ". Soal Ji Hyo. 2 hari Kwang Soo tak laporkan diri. Biarpun mereka berdua sering bergaduh namun Kwang Soo seperti abang kepada Ji Hyo. Ji Hyo masih punya perasaan.

.

" Kenapa kau risau sangat ? ". Minju menoleh kearah Ji Hyo. Supnya dihabiskan. Air berperisa itu diteguk laju.

.

" Kwang Soo kan macam abang aku. Kalau gaduh dengan dia aku dah biasa kalau tak bertegur sapa. Tapi dia hari dia tak laporkan diri ". Ji Hyo berwajah cemas. Entah apa yang hebat sangat fasal sampah masyarakat tu.

.

" Entahlah Hyo. Aku cuma harap Kwang Soo selamat je ". Minju mengunyah rotinya.

.

" Kenapa ? Kau tahu apa-apa ? ". Ji Hyo bertanya. Minju seperti tahu sesuatu.

.

" Alah Ji Hyo. Puak L bukannya besar sangat pun kawasannya. Kalau dua hari tak jumpa mesti ada masalah tu. Cuba kau periksa balai berita mana tahu malam ni ' Something Wrong Somewhere ' ke dekat Kwang Soo tuh ". Minju berteka-teki lagi. Sengaja biarkan Ji Hyo berfikir.

.

.

Minju berjalan ke Lorong Hitam. Sengaja lorong itu dipilih. Dia meninjau dibalik tembok bata. Rumah usang yang kecil. Minju memanjat menggunakan tembok bata yang sedikit rekah. Rekahan itu dipijak untuk melompat dari tembok itu.

.

Namun sadisnya dia diperhati. Diperhati oleh seorang lelaki berhud hitam. Senyuman sinis .

.

" Disini kau sorokkan ' budak ' tu ". Bayangan lelaki berhud hitam itu hilang dari pandangan. Hilang membuat rancangan. Gembira tak terkira hatinya. Gembira tak sudah . Cuma menunggu masa sahaja..


.

.

.

Author : Hahaha.. Macam mana ? Confuse lagi. Insyallah nak habis dah cerita. Cuma saya bagi hint. Takut kalian rasa confuse kemudia tak bersemangat nak baca. Kesudahan cerita ini adalah ngeri. Mohon ketika baca last chapter . Jangan Makan :) Bahaya.

L's NATIONWhere stories live. Discover now