Kwang Soo jalan menerusi lorong, cuba mencari kesalahan manusia yang sebesar zarah. Kali ini pedang samurai yang dibawanya.
.
" Macam mana kita nak kalahkan mereka ? ". Kedengaran seorang lelaki yang berpakaian serba hitam berbual di Cafe Chin. Antara Cafe yang kurang diminati.
.
" Hey ! kau dah nampak dengan mata sendiri askar mereka bunuh manusia dan humbankannya dalam hutan liar . Itu kenyataan yang tak boleh disangkal . Puak L kejam, bunuh manusia yang kesalahannya sekecil zarah. Kalau bukan kita menyamar sebagai Puak L pasti keadaan itu sukar dilihat. Mungkin tak akan ". Seorang lagi rakannya cuba mengapi-apikan lagi.
.
" Ya ! aku tahu askar kegemaran Jeneral Han, Lee Kwang Soo. Kau fikir mereka akan percaya ?! Jeneral Han adalah Raja Negara Bawah Air ". Lelaki itu membalas.
.
Zass~ Zzass~ .
.
Pedang Samurai sudah mula membuatkan kerja. Kwang Soo melibas kepala dua orang lelaki yang diyakini pembelot. Kwang Soo tersenyum. Pengurus Cafe buat tak endah. Dia tahu jika cuba membela dua lelaki itu, pasti kepalanya menjadi makanan ketiga pedang samurai milik Kwang Soo.
.
" Pengurus Cafe Chin ". Kwang Soo melambai tangan ke arah pengurus tersebut.
.
" Telefon jabatan pengurusan mayat, panggil mereka ke sini. Cakap ' Mereka dibunuh kerana cubaan membelot '. Jangan berani tambah atau kurangkan kata-kata saya !". Kata Kwang Soo tegas. Darah milik dua lelaki itu dilap . Kwang Soo berlalu pergi.
.
" Bodoh !". Dibalik tembok lorong itu seseorang lelaki telah merekod perbualan dari mula hingga saat kematian mereka.
.
Ji Hyo memerhati di luar jendela restoran kegemarannya. Cuba mencari kesalahan (?). Tidak, tidak Ji Hyo tak sekejam Kwang Soo. Dia cuba mengimbas memori bagaimana dan mengapa. Bagaimana dia menjadi seorang askar Tux. Mengapa semasa kecil dia tidak pindah ke Puak lain.
.
" Yaish ! Ji Hyo-yah ! ". Minju menjerit kecil. Melihat rakannya termenung. Ramen dibiar menyejuk. Anehnya itu ramen kegemarannya. Biarpun demam Ji Hyo sanggup menikmati Ramen itu biarpun ditegah Minju.
.
" Wae wae ! tak boleh tengok orang senang ? ". Rengus Ji Hyo. Penyepit kayu diambil lalu menikmati Ramen yang sudah sejuk, kembang. Tak sedap.
.
" Kau still marah dekat Kwang Soo ? ". Minju memulakan perbualan. Dia perlu hentikan sengketa rakan-rakannya ini. Jika dibiar lama-lama dia yang akan merana.
.
" Ani~ aku cuma terfikir, macam mana aku boleh jadi sebegini ". Suara Ji Hyo diperlahankan. Dia takut orang awam mengecamnya sebagai pembelot. Itu mimpi ngeri.
.
" Aku faham, nah ". Minju menghulurkan satu fail lusuh. Tertera tulisan ' Biografi Jeon Sung Ah '. Siapa lagi kalau bukan datuk Minju.
.
Jeon Sung Ah. Dulu namanya gah !. Gah kerana berjaya menjajah beberapa puak. Namun selepas beberapa tahun menjajah puak-puak tersebut. Namanya kurang disebut atau lebih mudah sudah dilupakan. Dengar kata telah mati.
.
Jeneral yang bertanggungjawab memberitahu berita itu pula maut semasa perjalanan ke Jabatan Negara Bawah Air. Jadi ayah Jeneral Han, Koperal Han Jung Ik diminta untuk mengulas mengenai kematian tersebut. Merungkaikan misteri.
.
//Flash Back// [ 1789 ]
.
Kacik ! Kacik !. Butang kamera ditekan. Sidang media kematian Jeon Sung Ah akan berlangsung tak lama lagi. Di belakang tabir, Koperal Han menyapu darah-darah yang mengalir. Darah akibat kemalangan dengan Jeneral Kang yang mati dalam perjalanan ke Jabatan Negara Bawah Air.
.
" Koperal Han, bagaimana ini berlaku ?".
.
" Boleh ceritakan kejadian sebenar semasa perjalanan ke Jabatan Negara Bawah Air ?".
.
" Koperal tak rasa ini adalah konspirasi. Pernah Koperal Han mendapat surat ugutan ? ".
.
Wartawan yang dahagakan berita. Terus bertanya, jika rasa tak puas hati terus bertanya soalan yang sama. Mereka terus bertanya walaupun terdengar bunyi tembakan. Tahu bahawa ada wartawan yang bertanyakan soalan remeh dan kurang ajar. " Memang patut mati ". Kata seorang wartwan. Kematian rakan sekerjanya tidak diendahkan janji berita dapat disampaikan.
.
//EndFlashBack//
.
Ji Hyo pulang ke rumahnya. Rumah kongsi Ji Hyo, Minju dan Kwang Soo. Namun Ji Hyo paling kerap pulang. Bukan dia tidak ditugaskan tapi dia bekerja bersama Kwang Soo. Lelaki yang tiada belas ihsan. Buat apa dia teruskan lagi.
.
Fail yang diberi Minju diselak oleh Ji Hyo. Cuba mengamati bait bait ayat di dalam fail....
Author : Done for chapter 2 :) Wow ! I hope u guys can stand with my ff. Sorry for unbelieveble word or plot. I just love :)
YOU ARE READING
L's NATION
HorrorKehidupan baharu tak semestinya membawa kebahagian, apabila jasad dipenuhi ketamakkan dunia, seorang harus berkorban