" Tolonglah aku Minju ! ". Rayu Kwang Soo. Dia perlukan bantuan Minju untuk selesaikan masalahnya.
.
" Gila ! aku tak mungkin sokong kau untuk ceroboh ke bilik Jeneral Han ". Minju menempelak Kwang Soo.
.
" Betul.. betul.. ada Bayang Emas dalam bilik Jeneral Han ! Kau kena tolong aku curinya sebelum esok ! ". Ujar Kwang Soo mahu meyakinkan Minju.
.
" Mengapa perlu ambilnya sebelum esok, esokkan upacara memanggil Naga Tiga Siulan. Naga itu akan bunuh sesiapa sahaja yang pernah melakukan kesalahan tapi tidak dihukum ". Kata Minju, cuba mempertahankan faktanya.
.
" Itulah sebabnya ! aku nak curinya dan Upacara itu akan tergendala, perlu tunggu 2 tahun lagi ! Entah-entah kau ada buat salah ? Hah ! mungkin aku akan selamatkan kau ! ". Kata Kwang Soo, tapi sebenarnya tujuannya lain dari yang lain.
.
" Hoi Kwang Soo ! Tahun ini Puak H yang akan menjadi mangsa ! Bagaimana kau kendalikan carta Puak !? ". Minju ragu-ragu dengan Kwang Soo . Dia tahu pasti ada tujuan lain.
.
" Ok, dengar sini baik-baik. Aku terdengar semalam di Upacara Kayuki... " Kwang Soo tak sempat habiskan ayatnya lalu dipintas oleh Minju.
.
" Kau masuk ajaran sesat ! ". Minju melirik Kwang Soo.
.
" Bukan ! Bukan ! aku cuma terdengar masa mahu pulang dari tugas ". Kwang Soo terpaksa menipu. " Mereka kata siapa yang berjaya merampas Bayang Emas itu, akan diberikan takhta raja ! Kau tak nak ? ". Kwang menyambung.
.
Minju terdiam. " Maaf Kwang Soo aku tak boleh tolong kau bahaya ". Minju berlalu pergi.
.
Namun Kwang Soo sempat merentap tangan Minju lalu membisiknya sesuatu. " Kalau kau tak tolong aku sebarkan yang kau bela 'budak' tu kepada Jeneral Han ". Kwang Soo mengeraskan perkataan budak.
.
Minju terpaksa mengangguk. Membenarkan Kwang Soo melakukan kesilapan.
.
Namun adakah itu pengakhirannya ?. Minju dengar cakap Kwang Soo ?. Tak sama sekali tak mungkin. Dia ada rancangan lain. Rancangan yang akan berpihak kepadanya walaupun perit. Perit dan dia menang ! Berjaya ! Bebas ! dan tidak bersekongkol !.
.
[ Pagi Sebelum Kwang Soo Memecah Masuk Pejabat Jeneral Han ]
.
" Apa kamu mahukan sekarang ? ". Jeneral Han merengus kasar melihat Minju. Entah apa yang tidak memuaskan hatinya.
.
Minju tersenyum. Senyum yang lain dari biasa.
.
Sebuah pen kecil dikeluarkan dari beg galasnya. Dia membuka pen itu lalu mengeluarkan isinya. Ternyata itu bukan pen biasa namun alat perakam !.
.
Punat 'ON' ditekan untuk memutar kembali rakaman semalam. Perbualannya sebelum agenda memecah masuk ke Bilik Jeneral Han. Tempat berkumpul, masa dan cara untuk memecah masuk. Semuanya diterangkan secara teliti oleh Kwang Soo kepada Minju . Sayangnya itu semua dirakam oleh Minju, semata untuk menyedarkan yang Kwang Soo tak layak memegang jawatan kepada Jeneral Han.
.
" Adakah semua ini benar ?! ". Ternyata Jeneral Han masih ragu-ragu . Takut ada udang di sebalik batu. Takut dia pula dibelot. Nampaknya Minju bukan calang-calang orang yang boleh dipermainkan.
.
" Masih belum percaya ?". Minju tersenyum penuh sindiran. Sengaja membiarkan alat perakam itu di atas meja, sebelum Minju berlalu pergi.
.
" Fikir fikirkan lah ". Minju beredar dari Bilik kebal Jeneral Han. Biarkan Jeneral itu terpinga-pinga. Biarkan dia tentukan.
.
Namun sebenarnya Minju tak sabar mahu melihat mayat Kwang Soo. Dihumban ke dalam hutan liar. Itu yang ditunggukan !.
. . . . . . .
Author : Haha tq for waiting for this chapter. xD I'm sorry for late post.. Hua hua hua
YOU ARE READING
L's NATION
HorrorKehidupan baharu tak semestinya membawa kebahagian, apabila jasad dipenuhi ketamakkan dunia, seorang harus berkorban