Bab 4

113 4 0
                                    

15 Tahun lalu...

Masuk sahaja ke dalam rumah anak yatim itu, kedengaran suara kanak-kanak yang riuh menyambut kedatanganku.

"Abang Harris! Lamanya tak datang. Kami semua rindu tau." Kata Zara iaitu salah seorang daripada kanak-kanak yang menghuni rumah anak yatim itu.

Aku tersenyum senang dengan sikap manja mereka bersamaku.

"Sorrylah. Abang busy sikit tapi tak bererti abang lupakan adik-adik abang ni."

Aku memberi isyarat mata kepada driver keluargaku iaitu Fahim untuk membawa keluar makanan dan juga permainan yang kami beli untuk kanak-kanak di sini. Dalam pada sibuk melayan kanak-kanak itu, mataku sempat meliar ke sekeliling mencari insan kecil yang aku rindui. Namun hampa apabila kelibat itu masih tidak menyapa ruang mata. Aku mengeluh lemah.

Aku tersentak apabila bahuku disentuh seseorang. Segera aku berpaling.

"Tuan muda, ini barang-barangnya." Kata Fahim. Aku memandang barang-barang yang dibimbitnya itu lalu tersenyum kecil.

"Okey, terima kasih. Letak dekat situ dulu."

Aku menjuihkan bibirku ke arah sebuah meja. Tanpa banyak bicara lekas sahaja lelaki itu mengikut arahanku.

"Ada apa-apa lagi ke yang boleh saya bantu?"

"Sekejap."

Fahim mengangguk perlahan.

Kini perhatianku kembali beralih kepada kanak- kanak itu.

"Dekat atas meja tu abang ada bawa makanan dengan toys untuk adik-adik abang ni. Jom, kita makan dulu lepas tu baru main ya."

"Yeay, terima kasih abang!"

Aku tersenyum kecil. Sempat juga aku menggosok kepala salah seorang daripada mereka.

"Eh, bila Harris dengan Fahim sampai?"

Aku memandang ke arah punca suara yang bertanya. Melihat pemilik rumah anak yatim yang menghampiri kami, segera aku bangkit dari berlutut.

"Baru aje, umi."

"Patutlah riuh semacam aje budak-budak." Ujar umi lagi sambil tersenyum mesra.

Senyumannya itu aku balas. Entah kenapa hati aku rasa gelisah apabila insan yang aku cari masih tidak muncul di depan mata.

"Ni umi, Ris ada bawa makanan dengan mainan untuk dia orang semua.

"Kamu ni buat susah-susah aje. Janganlah terlalu manjakan mereka semua ni. Nanti bila kamu tak ada
dekat sini, masing-masing asyik tercari-cari kamu aje tau."

Aku tergelak kecil mendengar rungutan umi.

"Bila kami boleh makan?"

Tersentak kami apabila mendengar soalan Rafiq yang sudah membuat muka kesiannya itu. Aku tergelak kecil melihat tingkah comelnya.

"Kita makan dululah umi. Kesian adik-adik Ris ni dah lapar semuanya."

"Okeylah, kita makan dulu. Jom semua kita pergi ruang makan."

"Fahim tolong angkat makanan-makanan tu semua ke dapur ya."

"Baik, tuan muda."

Lekas sahaja Fahim mengikuti arahanku. Kanak-kanak di situ juga turut rajin membantu Fahim membuatkan aku tersenyum kecil melihat sikap kerjasama yang mereka semua pamerkan.

"Jomlah kita ke ruang makan." Ajak umi.

"Faye mana umi?" Soalku tidak betah lagi untuk terus tertanya-tanya.

Sesalan Dari Dia (Terbit)Where stories live. Discover now