2

52 10 34
                                    

LENGANNYA diusap perlahan. Bulu romanya naik tiba tiba. Skirt pendek yang tersarung di tubuh di tarik tarik menutup peha. Sesungguhnya dia tak selesa dengan pemakaian skirt tersebut apabila dia menjadi perhatian mata mata gatal di kelab malam itu. Kalau boleh, dia nak lari.

Sayangnya, tatapan mata 'ibu ayam'nya di hujung sana seolah olah mengunci dua kaki panjangnya. Dia hanya mampu menutup mata apabila memandang beberapa orang lelaki separuh usia mula mendekati dirinya. Dia hanya mampu berdoa agar tidak diganggu lelaki tersebut yang sudah kelihatan memandangnya dengan 'berselera '.

"Hey princess, what's your name ?" Salah satu lelaki tua itu menegurnya lalu mengelus lembut dagunya. Dia masih mengunci mulut. "Oi, anak ayam kau ni bisu ke apa ?" Pengikut lelaki tersebut berkata, membuatkan gadis itu terus berasa gerun. Ibu ayamnya yang dipanggil itu terus mendekati gadis itu.

"Hei, Jiyeon. Kalau kau taknak jadi lebih teruk dari semalam, jadi budak baik. Faham ?" perempuan tua itu berbisik penuh amaran ke telinganya, membuatkan gadis itu menelan salivanya penuh payah. Gadis bernama Jiyeon itu mengangguk. Perempuan tua itu senyum kepuasan sebelum menyerahkan gadis itu kepada lelaki tua tersebut.

Jiyeon baru sahaja dibida oleh lelaki di kelab malam itu. Dia berasa dirinya seperti sebuah lukisan. Dia hanya mampu tersenyum manis dengan bibir bercalit gincu merah itu sambil memerhatikan lelaki lelaki itu meletakkan harga untuk dirinya. Saat itu, dia merasa sungguh terhina.

"Jiyeon, Baek Jiyeon " Jiyeon berkata sambil senyum nipis penuh paksa. Jiyeon hanya mampu menahan rasa menyampah apabila rambut lebatnya diusap lelaki di hadapannya itu. Lelaki tua itu didekati seorang lelaki dengan sebuah beg bimbit yang berat, jelas mempunyai duit untuk diberikan kepada ibu ayamnya.

Ibu ayamnya itu terus tersenyum lebar apabila melihat duit berkepuk kepuk di dalam beg tersebut sebelum memeluk lelaki itu kegirangan. "Jaga dia betul betul ya. She's all yours " ibu ayamnya berkata, sebelum mengelip matanya manja dan meninggalkan Jiyeon di ruang sengsara itu. "Jom, ikut daddy balik ya, sayang ?" Lelaki itu berkata, lalu menarik tangan Jiyeon penuh paksa.















"Aku nak beli dia "












Jiyeon terus angkat muka, melihat empunya suara garau itu. Dia cuma memandang gadis itu tanpa sebutir harapan. Lelaki itu menayangkan wajah ketatnya sambil memandang satu persatu wajah dalam bilik yang hanya diterangi lampu kelam berwarna merah. Jiyeon telan liur. Perasaan takut menyelubungi hatinya lagi.

"Sorry. Dia dah jadi milik aku " lelaki tua itu berkata, sambil menarik tangan Jiyeon untuk pergi. Walaupun tahu harapannya tipis, tapi Jiyeon memandang wajah lelaki tak diundang itu penuh harapan agar dia diselamatkan. "4 Juta, itu yang aku nak bayar untuk harga diri dia " Jiyeon terbeliak mendengar tawaran tersebut.


Lelaki itu senyum sinis apabila melihat lelaki muda dihadapannya telah mengeluarkan sekeping cek dengan jumlah 4 Juta Won dan menghulurkan kepada lelaki tua itu. Dia berasa sungguh teruja sebelum berlalu keluar dan meninggalkan Jiyeon berduaan di dalam bilik itu.

Jiyeon menunduk. Perlukah dia mengucap terima kasih atas bantuan lelaki itu ?Lelaki itu mendekati gadis itu, tanpa tiba tiba Jiyeon terus memeluk tubuhnya sendiri. Dia takut sekiranya lelaki tersebut sama sahaja dengan yang lain, ada niat jahat terhadap dirinya.

Tanpa dia duga, lelaki itu menanggalkan kot yang tersarung di tubuhnya lalu melilitkannya di pinggang Jiyeon, sekaligus menutup pehanya yang terdedah. "Jangan takut. Aku tak sama macam yang lain " lelaki tersebut berkata, sekaligus menghilangkan rasa ragu dalam diri wanita itu.

Lelaki itu terkejut dengan perbuatan Jiyeon, yang tiba tiba memeluknya tanpa ragu sambil menangis di dada lelaki itu. Lelaki itu terkesima dengan perbuatan gadis itu tapi dia berusaha mengusap belakang badan gadis itu untuk menenangkan dirinya. 10 minit kemudian, Jiyeon angkat mukanya, sambil mengelap wajahnya yang basah dengan air mata.

Dia memandang baju lelaki tersebut. Basah. Automatik, Jiyeon diburu rasa malu melampau. Mukanya memerah lalu terus dia menunduk. "Kenapa awak beli saya kalau awak kata awak tak sama macam lelaki lain ?" Jiyeon bertanya perlahan, dia sendiri tertanya. "Aku beli kau untuk bebaskan kau. Tapi tak semestinya kau bebas sepenuhnya " lelaki itu berkata, sekaligus Jiyeon terkesima sekali lagi.

Ibarat keluar mulut buaya, masuk mulut harimau, Jiyeon jelas salah dengan perbuatan yang disangka baik oleh gadis itu. Jiyeon mengundurkan dirinya dari lelaki itu. Trust issue. Lelaki itu senyum sinis. "Aku akan telefon kau kalau aku perlukan kau, understood ?" Lelaki itu berkata, disambut anggukan laju Jiyeon.






"I'm Taehyung. Nice to meet you " lelaki itu berkata. Jiyeon mengangguk. "Jiyeon, Baek Jiyeon " Jiyeon berkata. Taehyung mengangguk. "Baek Jiyeon, later it will be Kim Jiyeon. By the way, I gotta go. Ingat apa yang aku cakap tadi " Taehyung berkata sebelum pamit pergi.











Jiyeon sambung menangis sebelum terduduk. Murah sangat ke dirinya sampai dibeli begitu sahaja oleh Taehyung ?











27 MAY 2023

𝐇𝐈𝐒 𝐌𝐈𝐒𝐓𝐑𝐄𝐒𝐒 | 𝐊𝐈𝐌 𝐓𝐀𝐄𝐇𝐘𝐔𝐍𝐆 [𝐎𝐆]Where stories live. Discover now