25

23 5 0
                                    




KERTAS KERTAS berselerakan di mana mana. Di atas meja mahupun di atas lantai. Penuh. Bunyi ketukan di papan kekunci komputer memecah kesunyian di dalam bilik itu. Walaupun sudah menghidupkan penghawa dingin di suhu yang maksimum, peluh di dahinya masih merenek. Keluhan berat terlepas.

Taehyung tanggalkan kot yang tersarung di tubuh,sebelum dibiarkan terlepas ke lantai begitu sahaja. Tali lehernya juga cepat ditanggalkan. Dua butang baju kemejanya dibuka. Rambutnya berserabai. Diari coklat di atas mejanya dibuka sebelum beberapa perkara yang siap siap dicatat oleh pembantu peribadinya dibacanya teliti.

Seketika rasa ingin mengamuk pun ada. Boleh pula dalam keadaan pejabat yang sibuk dengan projek mega baharu mereka, sahabat baiknya yang kononnya lahir sebab nak jadi soulmate dia tu minta cuti ? Alasannya, sakit. Padahal bila ditanya ke teman wanitanya, Jimin ada saja dengannya. Malah siap bercuti berdua.

Siapa tak naik angin bila jadi macam ni ? Okay dia memang boleh cuti tapi bukan sekarang. Tiba tiba Taehyung menyesal pula pergi luluskan cuti si Jimin itu. Kalau adalah lelaki itu di depannya sekarang, cepat cepat lelaki kelahiran Oktober itu dicekiknya sampai merah. Hidup pun menyusahkan orang.

Telefon bimbitnya berdering ganas. Tanpa lihat pemanggilnya, dia pantas menekan tombol hijau. Butang loud speaker ditekannya. "Hello my brother ! How you're doing, man ?" Suara ceria si Jimin menyapa. Mulut Taehyung terkumat kamit, dalam perjalanan nak memakai hamun si Jimin la tu. "How you're doing, how you're doing. Eh, balik sekarang !" Tengkingnya kasar.

Jimin ketawa besar. Bukannya Taehyung suka, malah naik jelik dengan perangainya. "Sabarlah, aku on the way ni nak datang office kau. Yelah, aku ada beli souvenir kat kau. Baik kan aku ?" Jimin sempat puji diri. Kalau Jimin depannya sekarang, mesti dia dah nampak lubang hidung kembang si Jimin tu. Silap silap dijoloknya sampai berdarah. Geram.

Taehyung ketawa mengejek. "Haha baik sangat. Datang cepat sebelum aku turunkan pangkat kau jadi security. Tu pun kalau lepas sebab tak cukup tinggi " ugutan pedas Taehyung tak sempat dibangkang Jimin selepas talian dimatikan cepat. Nada suaranya yang tadi kedengaran ceria terus jadi serius semula, jelaslah tadi dia berpura pura. 
Taehyung serabut.

Kepalanya diletak sekejap di atas meja kacanya yang penuh dengan kertas di mana mana. Entah bila dia terlelap. Mungkin keletihan. Dia hanya terjaga apabila mendengar suara Jimin menyapanya. Betullah lelaki itu tidak berbohong. Di tangannya memang ada satu beg kertas, mungkin hadiah untuk Taehyung seperti yang dijanjikan.

"Takut kau ya ?" Tanya Taehyung. Isi beg kertas itu ditengoknya. Ada beberapa kotak yang berbungkus kemas. Mungkin ada kejutan, fikiranya. Beg itu diletakkannya ke bawah meja. "Bukan main kau bercuti. Kalau kau tak balik lagi memang betul aku campak kau jadi guard kat bawah tu " kata Taehyung. Terus dia bersandar pada kerusinya.
Terlepas ketawa sahabatnya.

Lama juga mereka bersembang. Dalam pada Jimin yang rancak bercerita tentang percutiannya ke Busan bersama Hanna, Taehyung masih menghadap komputer di depannya. Terkejut mereka berdua apabila mendengar keriukan dari pintu yang dibuka. Terbuntang mata Taehyung apabila terpandang sesuatu di muka pintu.

Jiyeon. Sebelah tangannya dilambai mesra ke arah Taehyung. Comel saja dirinya dengan perut boyot dan gaun mengandung warna putih yang dikenakan. Tapi, itu tidak menjadi punca redanya marah Taehyung. Jiyeon melangkah masuk walau tak diajak.
"Kenapa awak datang ?!" Kata Taehyung separa menjerit. Terkejut Jiyeon.

Jimin teguk liur. Sempat dia minta diri , tak mahu campurkan diri dalam masalah rumah tangga mereka. "Kenapa ? Tak boleh ke ?" Tanya Jiyeon perlahan. Dia perasan Taehyung seolah olah marah dengannya. Nafas lelaki itu naik turun, mukanya juga berubah merah dengan cepat. Rambutnya diraup ke belakang. Cepat dia melangkah ke arah Jiyeon.

𝐇𝐈𝐒 𝐌𝐈𝐒𝐓𝐑𝐄𝐒𝐒 | 𝐊𝐈𝐌 𝐓𝐀𝐄𝐇𝐘𝐔𝐍𝐆 [𝐎𝐆]Where stories live. Discover now