19

20 4 7
                                    

"SAYANG, cepatlah. Jangan macam ni " Taehyung cekak pinggang. Dia masih setia berdiri di depan pintu itu sambil mengetuknya berkali kali. "Taknak ! Saya taknak kawan dengan awak !" tegas suara Jiyeon dari dalam bilik. Sesaat sebelum tangisan kedengaran semula. Taehyung mengeluh kasar. "Benda yang kau minta tu, mustahil sangatlah !" Taehyung menjawab.

Badannya disandar ke muka pintu. Apabila mendengar tombol dipulas, cepat dia memusingkan badannya dan menjatuhkan dirinya dari pintu itu. "Awak kata sayang, tapi awak taknak ikut permintaan saya. Kesian baby saya awak tahu tak ?" Jiyeon berkata, nada suaranya naik seoktaf sebelum tangisannya disambung.

Taehyung meramas rambutnya. "Kau tahu tak apa yang kau minta tu, pelik dan mustahil ? Mintalah benda lain ! Handbag ke coklat ke " Taehyung berkata, dah naik fed up dengan permintaan pelik pelik perempuan yang satu ni. Jiyeon mengelap hidungnya. "Saya teringin nak tunggang dinosaur je, itu pun tak boleh ?" Jiyeon berkata, separa menjerit.

Taehyung raup rambut. See ? DINOSAUR. Haiwan yang dah pupus berjuta tahun dulu yang dah selamat jadi bahan api untuk zaman globalisasi ni.  Nasib baik minta nak tunggang dinosaur. Kalau nak makan daging dinosaur ? Memang waktu itu jugak Taehyung terjun bangunan. Awal awal angkat bendera putih. Selera mengandung Jiyeon ni lain macam juga.

"Kalau awak taknak carikan dinosaur tu untuk saya, awak pergilah Jeju sorang sorang. Saya taknak ikut awak " Jiyeon berkata, pintu bilik mahu ditutupnya semula. Taehyung pantas menahan pintu tersebut dengan tangannya. "Okay okay, kau nak dinosaur apa ? Patung ? Kek ?" Taehyung bertanya, masih mencuba nasibnya. Jiyeon tarik muka.
"Saya nak T-Rex " Jiyeon menjawab. 

Lelaki itu hampir jatuh terduduk. Dah putus asa. "Baek Jiyeon, kau boleh faham tak yang Dinosaur tu dah pupus ? Haiwan lain tak boleh ke ? Kucing ke, anjing ke ?" Taehyung berkata, masih memujuk rayu agar gadis itu memilih haiwan lain untuk dijadikan peliharaan. Nak sepuluh ekor pun dia tak kisah, jangan diminta haiwan yang dah tak ada.





"Taknak ! Saya nak dino jugak ! Saya nak T-Rex!" Jiyeon berkata.









"Dino Seventeen taknak ?"








"Hah ?"







__________________

JIYEON peluk tubuh. Taehyung disebelahnya langsung tak dipandang. Sibuk melayan rajuknya barangkali. Jiyeon hembus nafas. Rimas duduk dalam kereta ni lama lama. Kata nak pergi pulau Jeju, ni dah kenapa lama lama dalam kereta pulak ? Jiyeon merengus kuat, sampai Taehyung memusingkan kepalanya memandang Jiyeon.

"Kenapa ni ? Nak pergi holiday pun nak badmood ke ?" Taehyung bertanya. Jiyeon dipandangnya sekejap. Jiyeon menjelingnya tajam sebelum kembali memandang ke luar tingkap. Tak ingin memandang wajah Taehyung. Taehyung mengeluh. "Come on Jiyeon, dinosaur. Everybody, even the scientist never found the dinosaur " Taehyung berkata. Memujuk. Jiyeon tidak melayan.

"Tiba tiba kau siap nak tunggang binatang tu. Kalau kau nak naik kuda ke lembu ke aku bolehlah tolong. Kalau dinosaur, aku minta maaf. Aku undur diri " Taehyung berhentikan keretanya. Mereka sudah tiba di jeti untuk ke Pulau Jeju. Main membuak buak rasa malas di hati Jiyeon, apalagi setelah melihat Taehyung keluar dari kereta dan membuka but di belakang.

Jiyeon kaget apabila pintu di sebelahnya dibuka. "Come on, princess. We're gonna late " Taehyung berkata, tangan Jiyeon yang sudah memalaskan diri itu ditariknya lembut. "Saya mabuk laut " tipu Jiyeon. Sedaya upaya cari alasan agar dia tak perlu ikut Taehyung ke sini. Dia nak duduk di rumah dan baring berguling atas katil tanpa gangguan.

"Kau mabuk laut, kau muntah atas aku. Aku tak kisah asalkan kau ikut aku. Keluar cepat, kalau tak aku dukung " Taehyung berkata, cepat cepat Jiyeon keluar dari kereta tersebut sebelum berdiri jauh dari Taehyung. Matanya masih memerhati lelaki itu yang sibuk mengeluarkan bagasi kongsi mereka berdua.

Lelaki itu cepat mencapai tangannya dan menarik Jiyeon agar mengikut langkahnya. Gadis itu menurut, walaupun wajahnya masih masam tanpa secalit senyuman. "Kau ikut aku dulu. Kau nak apa apa lepasni cakap. Aku belikan " Taehyung memujuk selepas mereka melabuhkan duduk di sebuah kerusi panjang. Jiyeon mengeluh.
"Nak dinosaur.." Jiyeon berbisik.

Bahunya dipeluk Taehyung. "Patung boleh ?" Taehyung bertanya. Laju Jiyeon mengangguk. Mesti lelaki itu sudah malas melayannya jadi dia turutkan saja.
"Saya nak aiskrim vanilla dua tub campur jeruk boleh ?" Jiyeon berkata, memandang Taehyung penuh harapan. Lelaki itu buat muka tak percaya sebelum angguk sahaja.















HIS MISTRESS - 19
12 JULY 2023



pendek betul word kalini..hambar pulak tu.

𝐇𝐈𝐒 𝐌𝐈𝐒𝐓𝐑𝐄𝐒𝐒 | 𝐊𝐈𝐌 𝐓𝐀𝐄𝐇𝐘𝐔𝐍𝐆 [𝐎𝐆]Where stories live. Discover now