6

31 7 4
                                    


HARI sabtu. Taehyung memandu keretanya malas sambil telinganya mendengar bebelan Haewon yang sibuk membuat Instagram live dari tadi. Penting sangat kerjayanya sebagai seorang model yang dikenali dan punya peminat tersendiri, apa apa perkara harus dikongsi tiap hari.

Puan Kim Soo Yang yang duduk di sebelah Haewon hanya senyum melihat telatah bakal menantunya itu. Tangannya sibuk membalas pesanan dari ahli ahli kelabnya. Sebagai pemimpin wanita yang unggul di bandar itu, dia tak mahu dicop sebagai tidak mesra dengan penduduk yang lain. Dia sibuk menghantar jemputan ke majlis perkahwinan anak tunggalnya.

Taehyung mengeluh. Beberapa hari lagi dia dan Haewon akan dijodohkan. Saat yang ditunggu tunggu oleh ibunya dan Haewon tapi tidak baginya. Mana pernah dia mencintai Haewon. Nalurinya juga mengatakan Haewon mahu berkahwin dengannya juga bukan kerana cinta, mungkin atas desakan keluarga atau untuk harta.

Keretanya berhenti di hadapan sebuah butik pengantin, sebelum ibunya dan Haewon di belakang keluar meninggalkan perut kereta dengan teruja. Tangan Haewon dipimpin oleh ibunya. Taehyung mahu meninggalkan kawasan itu, tapi dihalang oleh ibunya. Akhirnya, dia naik juga ke tingkat dua butik pengantin itu dengan malas.

Dia melabuhkan duduknya di sebuah sofa empuk. Belakang badannya disandar untuk menghilangkan lenguh keitka memandu sebentar tadi. Telefon bimbit ditangan dipandangnya tak lepas.  Dia tak mahu masuk campur urusan ibunya dan Haewon yang bersembang dengan pemilik premis tersebut.

Ketika dia berfikir sesuatu, tangannya cepat menaip sesuatu sebelum dia menutup telefon bimbitnya ketika dia dipanggil ibunya agar mendekati mereka berdua. Taehyung memasukkan telefon bimbitnya ke dalam poket lalu mendekati mereka. Dia tak tahu apa yang mahu dibincang, jadi dia sekadar mengangguk walau tak faham.

Taehyung angkat muka, memandang Haewon yang sudah menyarungkan sepersalinan gaun pernikahan warna putih yang cantik bersama taburan manik yang memberi sentuhan warna krim. Gadis itu berpusing satu pusingan, sambil memerhatikan dirinya di cermin full body yang terpajang di situ.

Puan Kim Soo Yang senyum sendiri sebelum dia bangkit dan mendekati Haewon. Dia berasa teruja kerana akhirnya gadis yang sudah lama dia minat kerana wajahnya yang jelita dan kepintarannya dalam pelajaran bakal menjadi menantunya. Berbagai kata pujian keluar dari mulut pekerja di situ.

Cantik, serasi dengan Taehyung, couple of the year , Taehyung langsung tak ambil pusing. Dia lebih setia duduk di situ, memerhati sebuah katalog yang berada di atas meja itu. Namanya dipanggil untuk melihat bakal isterinya. "Cantik tak ?" Ibunya bertanya dan Taehyung mengganguk malas sambil menayang senyuman plastik.

Ibunya senyum makin lebar sebelum sambung berbincang dengan pereka yang dari tadi mengikuti dirinya bagai parasit yang menempel ke pokok. Taehyung bosan, dia menongkat bahunya. Bunyi notifikasi dari telefon bimbitnya membuatkan dia terkejut, pantas alat komunikasi itu dikeluarkan dari poketnya.

Jiyeon♡

petang petang makan ayam,hoi:

: apalah pantun tak seiramaಠ⁠_⁠ಠ
Seen at 11: am

Pecah ketawa Taehyung. Nada suaranya dikawal agar tak terlihat terlalu teruja, takut disyak bukan bukan oleh ibunya. Puan Kim Soo Yang dah lama menyedari anaknya tersengih sendiri dari tadi. Terus didekati lelaki itu sebelum bahunya ditepuk perlahan. Taehyung terkejut, pantas telefon dimatikan.

"Kemain seronok. Mesej dengan siapa ?" Ibunya bertanya bersama senyuman yang sukar ditafsirkan. Seolah olah mengesyaki ada sesuatu yang disorokkan Taehyung darinya. Taehyung diam. Dia tak tahu nak kelentong apa. "Jimin, ha Jimin. Dia ajak keluar lepas ni. Rasanya lepas hantar eomma dengan Haewon balik, nak keluar terus dengan dia " Tipu Taehyung.

'Jimin la sangat. Heh '. Taehyung berkata dalam hati. Senyuman penuh yakin masih ditayang. Ibunya terus berubah kecewa. " Baru eomma ingat nak ajak Taehyung ke tempat majlis berlangsung. Nak tengok jugak apa yang dah siap " ibunya berkata, nadanya seolah olah kecewa.

Taehyung memegang tangan ibunya. " Sorry eomma tapi Tae nak jumpa Jimin jugak. Mungkin ajak dia ke wedding sekali. Lagipun lama tak jumpa dia, tak habis habis dengan kerja dia tu. Nanti lain hari kita pergi ya ?" Taehyung memujuk lalu ibunya mengangguk. Kepala Taehyung diusapnya perlahan. Anak lelaki kesayangannya.

Puan Kim Soo Yang meninggalkannya dan mendapatkan Haewon semula. Taehyung tarik nafas lega. Setakat tipu menipu macam ni, Taehyung dah layak jadi juara. Kalau ianya satu pertandingan, mungkin dah banyak piala yang diterimanya.

________________

NAFAS lega dihela selepas dia selesai membersihkan diri. Rambutnya yang masih basah dibungkus dengan tuala. Kakinya dibawa ke katil sebelum katil yang bersepah dikemasnya lekas. Jiyeon terus menuju ke pintu. Sebelah tangannya memegang telefon bimbit dan sebelah lagi menutup daun pintu biar rapat.

Matanya masih tertumpu ke skrin. Tersengih sengih membaca pantun buta irama dari Taehyung tadi. "Tersenyum senyum dah kenapa ?" Jiyeon angkat muka, suara garau itu ibarat tak asing di telinganya. Tak mungkin dia angau sampai berhalusinasi kan ? Matanya melilau sebelum melihat susuk tubuh Taehyung berbaring di sofabed yang siap dibuka.

Jiyeon terkesima. Taehyung nampak rileks baring bersilang kaki sambil peluk kusyen di situ. "Ma..macam mana awak boleh masuk ?" Jiyeon bertanya tak percaya. Rumahnya kondominium biarpun tak semewah mana tapi orang luar tak boleh senang senang dibiarkan masuk. Tapi macam mana Taehyung boleh terlepas ?

"Pintu tak kunci la, sayang " Taehyung berkata selamba. Dia terus meniarap memandang Jiyeon. Tangannya digamit, meminta Jiyeon mendekatinya namun gadis itu masih kaku di situ. Taehyung berdecit, betul gadis itu masih syak wasangka dengannya. "Yelah, aku minta kunci spare dekat security. Macam mana aku tahu alamat kau ? Aku tak rasa kau patut tahu kot " Taehyung berkata selamba.

Dia masih menyuruh Jiyeon mendekatinya dan gadis itu menurut. Dia mendekati Taehyung dan duduk di sebelahnya sebelum bersila. "Awak dah nak kahwin kan ? Kenapa datang sini ?" Jiyeon bertanya. Fikirannya masih segar teringat kata kata Puan Kim Soo Yang semasa di rumah Taehyung beberapa minggu lalu.

Katanya majlis perkahwinannya dicepatkan. Mengikut perkiraan Jiyeon, ahli keluarga Taehyung pastinya dah sibuk dengan persiapan sana sini. Tapi kenapa pengantin lelakinya disini ? Taehyung meramas rambutnya perlahan. "Pedulilah pasal kahwin tu. Aku nak lepak dengan kau kejap " ujar Taehyung.

Kepalanya diletakkan ke atas bahu Jiyeon, membuatkan gadis itu tersentak dan tak percaya dengan apa yang baru berlaku. Dia terus tiba tiba memikirkan permintaan Taehyung yang betul betul menguji kesabarannya kemarin. Dia takut sekiranya benar Taehyung mahu melakukan perkara tersebut ke atasnya.


"Kau taknak datang wedding aku ke ? Walaupun aku tak suka hari tu ?" Taehyung bertanya, matanya sudah terpejam. Jiyeon mengeluh. "Saya dijemput ke ?" Jiyeon bertanya. Buatnya dia tak dijemput, takutnya dia diganyang oleh Haewon disitu juga. "Aku yang menjemput orang, suka hati aku lah" Taehyung berkata, kepalanya diangkat.



"Tepi sikit, aku nak rehat. Sakit kepala " Taehyung mengadu, dia terus meletakkan kepalanya ke atas peha Jiyeon sebelum memeluk kusyen dan menutup rapat dua matanya. Jiyeon nasib tertanya tanya ? Aik, dah berubah personaliti ke ?




HIS MISTRESS - 6
10 JUNE 2023

𝐇𝐈𝐒 𝐌𝐈𝐒𝐓𝐑𝐄𝐒𝐒 | 𝐊𝐈𝐌 𝐓𝐀𝐄𝐇𝐘𝐔𝐍𝐆 [𝐎𝐆]Where stories live. Discover now