64

218 12 1
                                    

Kerana kau dari Dia

Cakap saja Papa mahu telefon, terus Aaira melompat suka. Tengok lah sekarang ini, Aaira sanggup tahan kantuk gara-gara mahu bercakap dengan Adam. Padahal kebiasaannya sebaik selesai saja Aisy menyusukan Aaira, si kecil itu akan terus terlena. Hari ini, segar pula mata Aaira.

Ada juga Aisy cuba tepuk-tepuk supaya Aaira tidur tetapi tetap juga si kecil itu berjaga.

Sementara Aisy pula memang sudah bersiap bertudung memandangkan Adam sudah beritahu tadi yang lelaki itu mahu membuat panggilan video dan takut Aisy kelam kabut untuk mencapai tudung jika tidak beritahu awal.

Tengok jarum jam, laju Aisy kerling telefon pintarnya sekilas. Tiada sebarang nama yang naik setakat ini. Termasuklah nama Adam. Aisy mengeluh perlahan sebelum Aaira yang sedang bersandar di lengan Aisy, Aisy usap perlahan.

Pagi tadi lelaki itu ada beritahu bahawa dia akan menelefon sekitar jam sepuluh malam. Tetapi sekarang, jam sudah menunjukkan pukul sepuluh setengah malam.

Pipi Aaira Aisy kucup perlahan. Tangannya makin ditepuk-tepukkan di belakang Aaira. Bukan Aisy tidak perasan mata Aaira yang sudah kelihatan seperti mengantuk tetapi saja ditahan supaya segar. Aisy senyum nipis.

"Sabar, sayang. Sedikit lagi. Kejap lagi Papa telefon, okay?" bila Aaira mengangguk kepala, Aisy usap kepala anaknya itu.

Punya lah rindu sampai sanggup tahan kantuk. Ini kalau Adam tak jadi telefon malam ini, memang Aisy akan merajuk seminggu! Tak kira, memang Aisy lancarkan mogok juga.

Tetapi jauh di sudut hati, Aisy harap Adam betul-betul telefon malam ini. Tidak sampai hati pula dia melihat Aaira yang sanggup tunggu Adam sehingga lewat begini.

Lima minit kemudian, tiba-tiba telefon Aisy mula berdering. Dan seperti jangkaan mereka, nama Adam naik!

"Papa!!" terus Aaira menjerit suka. Si kecil itu mula berdiri dan melompat-lompat di atas sofa.

Aisy senyum kecil. Panggilan video Adam itu diangkat sebelum wajah lelaki itu mula menghiasi skrin telefon Aisy. Dan selepas melihat saja wajah Adam, semakin kuat Aaira menjerit.

Aisy tahan senyum. Terubat sedikit rindu Aisy pada lelaki itu.

"Papa!!" Aisy halakan skrin telefon ke arah Aaira. Si kecil itu menepuk-nepuk tangan suka.

Dari skrin telefon, dapat Aisy lihat Adam ketawa.

Tangan lelaki itu dilambai-lambai ke arah mereka melalui skrin telefon. Lantas, si kecil itu memandang Aisy dengan wajah sukanya.

"Tengoklah, anak awak ni. Sanggup tunggu Papa dia. Rindu sangat" Aisy menyampuk. Bibirnya tersengih kecil.

Terus wajah Adam bertukar teruja. "Ye ke, Aaira? Aaira rindu Papa?"

Laju Aaira mengangguk kepalanya berkali-kali.

"Winduww!"

Tergelak Adam mendengar pelat si kecil itu. Aisy rasa jika Aaira ada di hadapan Adam sekarang ini, memang sudah lama kena gomol dengan Adam.

"Sayang Papa ni dah makan?"

"Dah" Aaira menjawab.

"Aaira makan apa?"

Bukan Yang Terbaik (COMPLETE)Where stories live. Discover now