25

315 27 4
                                    

Kerana kau dari Dia

Suasana di pejabat riuh rendah seperti biasa. Ada bunyi staff bersembang. Ada juga bunyi staff bertanya soalan, bergurau senda dan banyak lagi. Semuanya bercampur baur lalu membentuk menjadi satu hembusan atmosfera yang sama.

Dan Aisy di situ tidak lepas meneliti kerjanya pada skrin komputer. Cawan yang berisi air panas di tepi mejanya sesekali disisip sedikit olehnya. Tangan lagi satu pula ralit bekerja di atas papan kekunci.

Bila teringatkan fail kerja yang masih menggunung menunggu untuk disiapkan, mata Aisy spontan mahu berputar. Ah, fokuslah Aisy!

Dan setengah jam sudah berlalu, Aisy masih dalam posisi yang sama. Masih lagi di hadapan komputer kerjanya. Masih lagi tangannya menari-nari di atas papan kekunci. Air di cawan juga masih juga disisip lagi dan lagi sebelum kembali fokus membuat kerja.

Sehinggalah tegukan yang terakhir habis diteguk, Aisy mengeluh malas. Rasanya, setakat ini sahaja sudah tiga kali dia berulang-alik ke pantri. Perlahan-lahan punggungnya diangkat malas lalu pantri di tengah pejabat ini dihampiri.

"Cepatnya habis. Kau minum ke saka kau yang minum ini Aisy?" sedang mencapai sepaket mini nescafe 3 in 1, suara Naura tiba-tiba menyelit. Dapat saja Aisy rasakan ruang kosong di sebelahnya juga sudah diragut ruangnya oleh Naura.

Aisy mengangkat kepalanya memandang sebelum wajah Naura menghiasi pemandangannya. Tidak ubah seperti Aisy, Naura juga sama membancuh air panas. Memang majoriti orang bekerja begini rutinnya mungkin.

"Banyak kerjalah. Stress" Aisy mengomel kecil sambil tangan naik mengacau air di cawan.

Naura di sebelahnya juga sama begitu, mengacau air biar bagi sebati. Sesekali rentak melodi sudu berlaga dengan cawan kedengaran mencairkan bendalir koklea mereka berdua.

"Aisy" lama berjeda, Naura kembali bersuara. Aisy di sebelahnya mengumam kecil.

Mereka berdua kemudiannya melabuhkan punggung pada kerusi kaunter di tengah pantri. Tangan Aisy naik terlebih dahulu untuk menyua, menyiumkan cawan ke bibir.

"Kau suka Zarif ke Aisy?" Aisy tersedak. Wajah Naura di hadapannya laju dipandang.

"Kau kenapa?" kuat suara Aisy menyoal. Terkejut punya fasal.

"Aku tanya je"

"Aku tak kesah kau nak tanya" lengan Naura dicubit olehnya.

"Tapi suara tu tak boleh perlahan sikit lagi ke? Kalau orang lain dengar boleh salah faham tahu. Tak fasal jadi gosip dekat pejabat ni pula" Aisy kerut dahi tak suka sekali kiri kanannya diperiksa. Perlu berhati-hati, di sini banyak makcik-makcik dan pakcik-pakcik bawang. Takut juga jika didengari oleh staff lain, jadi buah mulut pula nanti.

Aisy geleng kepala. "Kenapa tiba-tiba pula ini, Naura. Kau dapat cerita dari mana ini?"

"Bukan apa tapi kau keluar makan malam berdua dengan Zarif itu tak manis orang pandang. Kalau ada apa-apa jadi macam mana?" Naura tiba-tiba meleter.

Zarif?

Naura cerita fasal waktu turun gudang itukah? Yang Aisy terima ajakan Zarif untuk keluar makan? Yang itu?

Aisy mengeluh mendengar. "Siapa cerita dekat kau?"

Tentang keluar makan selepas turun gudang tempoh hari, memang Aisy tidak cerita lagi kepada Naura. Jadi mustahil jika Naura tahu.

"Tak ada siapa cerita. Aku yang call kau masa itu," lantas, Naura guling mata ke atas.

"Tak sangka pula Zarif yang angkat. Dia kata kau tengah solat. Kalau tunggu kau cerita dulu, berjanggut pun belum tentu"

Bukan Yang Terbaik (COMPLETE)Where stories live. Discover now