74

396 17 6
                                    

Kerana kau dari Dia

"Adam ni selagi Nek Tuk tak suruh balik, memang dia tak balik rumah Papa" Aisy yang mendengar omelan Nek Tuk itu hanya ketawa kecil.

Dia mendekati meja makan bersama mangkuk yang berisi lauk sebelum Aisy kembali ke dapur dan mengambil beberapa pinggan kosong.

Suara Aaira menjerit suka di ruang tamu, kedengaran meriuh rendahkan suasana. Mama yang juga berada di dapur, menyuruh Aisy untuk berehat dan duduk di meja makan saja.

"Tadi pun lepas Nek Tuk telefon suruh balik, barulah nampak batang hidung. Kalau tak, rasanya tak ada balik" Adam tayang wajah serba salah apabila mendengar sambungan Nek Tuk itu.

"Adam sibuk sikit kebelakangan ni, Nek Tuk. Projek baru banyak. Selalu meeting luar. Balik rumah pun kadang-kadang lewat" Adam yang berada di ruang makan menjawab. Dia sengih.

Bila dia melihat Aisy mengangkat pinggan-pinggan yang banyak itu, laju lelaki itu bangun dari duduknya dan mendekati Aisy. Lelaki itu menolong isterinya mengangkat pinggan.

"Bukanlah. Maksud Nek Tuk, sekurang-kurangnya hantarlah Aisy dengan Aaira ke sini. Nek Tuk pun nak main-main dengan cicit Nek Tuk seorang tu. Papa dengan Mama pun asyik tanya, bila Adam nak balik. Rindu cucu dah katanya" Aisy ketawa lagi mendengar balasan Nek Tuk. Aaira di bawah yang berlari di sekitar meja makan ini, Aisy angkat ke dalam dukungannya sebelum dia mendapatkan tempat di sebelah Adam.

Terangguk kepala Papa. Lelaki itu menyenduk lauk sambil memandang pada Aisy dan Adam.

"Kalau Adam sibuk, boleh je nak hantar Aaira ke sini. Aisy pun tengah mengandung macam ni, elok kalau rehat banyak. Papa dengan Mama boleh tolong jagakan Aaira" mendengar ujaran Papa itu, Mama di sebelah Papa mengiyakan. Wanita itu senyum.

"Betul. Mama pun tak ada benda nak buat" Mama senyum.

Dalam masa yang sama, Alisha yang baru turun dari biliknya terus mengambil Aaira dari Aisy. Terangguk-angguk kepala gadis itu, setuju.

"Entah, Abang Adam ni. Bukannya nak selalu balik sini bawak Aaira. Alisha dah rindu dah dekat Aaira. Padahal pejabat Abang Adam bukannya jauh pun dari rumah Papa" Alisha yang sedang mendukung Aaira itu mula buka mulut. Gadis itu meletakkan Aaira di ribanya sebelum dia menyendukkan lauk ke dalam pinggannya.

Mendengar itu, Aisy semakin senyum lebar. Lauk disendukkan ke dalam pinggannya dan pinggan Adam.

"Mama nak ikan?" melihat pinggan Mama di hadapannya itu tiada lauk lagi, Aisy mula menyoal.

Mama senyum. "Boleh juga" selepas itu, Aisy mula sendukkan lauk ikan ke dalam pinggan Mama pula.

"Lagipun Aaira dah tak menyusu badan dah kan? Boleh lah kalau sesekali Aaira tidur sini. Kawan-kawan Papa ramai yang cucu diaorang duduk dengan diaorang" papa menyambung lagi. Tergelak Adam.

"Tengoklah macam mana, Pa. Tapi macam susah sikit nak hantar Aaira dekat sini sebab Aaira memang tak boleh berenggang dengan Aisy. Malam-malam pun kadang-kadang merengek nak tidur dengan kami" Adam membalas.

Terangguk-angguk kepala Papa. Wajah Aisy dipandang. "Aisy bila nak resign? Papa rasa elok kalau berhenti kerja je dulu dan fokus pada anak. Aisy pun kena banyak rehat kan sekarang"

Bukan Yang Terbaik (COMPLETE)Where stories live. Discover now