8

420 31 4
                                    

Kerana kau dari Dia.

Laju Aisy berjalan keluar dari bilik apabila mata sudah mengerling jam yang terlekat pada dinding biliknya. Macam mana dia tidak panik bila melihat jarum pendek yang tinggal satu detik lagi untuk cecah pada angka 10.

Tas tangan yang tergantung pada bahunya dibetulkan. Aisy capai kunci kereta di dalam rak. Lantas, tombol pintu dipulas. Serentak dengan kakinya yang baru mencecah ke lantai luar, suara Adam dari tingkat atas kedengaran.

"Bagi aku pergi dulu. Kalau staff lain nampak kita sampai sama sama nanti diaorang syak apa apa pulak" mendengar arahan daripada suaminya, kaki Aisy berundur ke belakang. Terpaksalah dia tunggu Adam pergi dulu.

Jam dikerling sekali lagi bergilir dengan pandangannya yang menghala kearah anak tangga. Sedikit sebanyak hati wanita itu terguris mendengar kata kata suaminya. Salah ke kalau staff lain tahu mereka suami isteri?

Adam berjalan menuruni anak tangga sebelum kaki mendekati rak. Tali leher diikat dileher. Bila ikatannya tak kemas, Adam berdecit. Lelaki itu buka semula simpulan tersebut.

"Mari sini saya tolongkan" baru tangan Aisy mahu menyentuh tali tie milik Adam, lelaki itu mendengus. Serta merta Aisy turun tangannya.

"Sibuk betul pelacur ni" tanpa menghiraukan Aisy, tangan lelaki itu terus mencapai kunci kereta pada rak.

Walaupun suara Adam boleh dikatakan perlahan, tetapi cacian itu jelas masuk ke gegendang telinganya. Adam kemudiannya mencapai beg kerjanya yang diletak elok diatas sofa dan terus berjalan ke muka pintu.

Enjin kereta dihidupkan. Adam mahu masuk ke dalam perut kereta.

"Awak" Adam pandang Aisy yang mendekat.

Terangkat tinggi kening Adam apabila Aisy hulur tangannya. Namun, huluran itu dipandang kosong oleh Adam.

Aisy sengih. "Nak salam"

Mendengar jawapan itu, terus Adam menerobos masuk kedalam perut kereta. Tidak tunggu lama, terus kereta mewah Audi Q3 itu memacu laju ke jalan raya.

Aisy turun tangan ke sisi. Bibir mengulas senyuman nipis. Takpe, perlahan-lahan. Pandangannya yang tadinya jelas kini kian mengabur. Kenapa lemah sangat ni?! Siapa suruh gedik sangat nak salam ha kan dah kena.

Aisy menarik nafas dalam dalam.  Kepala mendongak keatas. Menghalang air mata dari jatuh.

Bila kereta Adam sudah hilang dari pandangan mata, punat pada kawalan jauh keretanya ditekan. Tak tunggu lama, Aisy terus kunci rumah sebelum bersama sama keluar untuk kerja.

•••••

"Aisy, boss nak jumpa kau"

Mendengar ujaran itu, Aisy angkat kepala pandang empunya suara yang baru terpacak di hadapan mejanya. Zarif.

Adam nak jumpa dia? Mustahil lah.

"Kenapa pula?"

"Manalah aku tahu, tapi aku nampak dia macam marah betul dekat kau"

Aisy panjang leher pandang meja meja pekerja lain. Kosong. Mata laju mahu mengerling pada jam dinding.

Tepat jarum pendek pada angka 1. Aisy tepuk dahi.

"Erm, takpe lah awak pergilah rehat dulu. Lepas ni saya jumpa" tangan sibuk mengemas kertas kertas kerja serta pen di meja.

"Betul ke awak dengar nama saya? Entah entah dia nak suruh awak panggil staff lain" Aisy tetap menidakkan. Zarif ketawa kecil. Aisy ni comel lah.

"Ya Allah betul lah. Tak apa kau pergi aje lah, aku tunggu kau. Janji"

Jantung Aisy berdengup laju. Tiba tiba rasa lemah pulak sistem otot, sistem rangka dan segala jenis sistem dalam badan. Aisy garu kepalanya yang disarungkan shawl itu. Bila dapat pelawa dari Zarif, terasa janggal pulak tiba tiba. Memanglah dia takut sekarang ini, tapi tak adalah sampai nak suruh Zarif temankan.

"Tak apa. Awak pergi ajelah rehat. Saya okay" muka dimaniskan. Tak mahu Zarif fikir dia menghalau. Walaupun kebenarannya boleh dikatakan begitu jugalah.

"Takpe. Aku tunggu kau" malas mahu membalas lagi, terus Aisy bangun dari kerusinya. Berani tak berani terpaksa jugalah berani kan diri.

Lebih kurang dua Minit, Aisy sudah sampai di bilik yang paling hujung di pejabat ini. Tergantung satu nama gah di muka pintu. Tengku Adam Mikael Tengku Zainol.

Perlahan lahan Aisy pusing tombol. Kaki masuk ke dalam office suaminya. Bila melihat Adam yang tersandar pada dinding kerusi kulit sambil mata terpejam rapat buat Aisy hela nafas lega. Kira okaylah dari masuk masuk terus kena tengking kan?

Aisy tutup pintu perlahan. Takut pula jika Adam terasa terganggu.

"Lambat lima minit" laju kepala Aisy pandang Adam. Tangan pegang dada. Kalau dia ada sakit jantung boleh mati.

"Ingat nak bawak jantan tu masuk sekali" penuh sarkastis dia bercakap. Duduknya dibetulkan.

Aisy kerut dahi. Zarif?

"Duduklah" kali ini lembut sedikit suaranya. Aisy tak berdegil. Tas tangan diletakkan di atas meja sebelum gadis itu labuhkan punggung pada kerusi di hadapan Adam.

"Kenapa kau datang lambat tadi?" sedikit tinggi suara Adam. Aisy pandang wajah Adam. Sah, Adam memang sengaja!

"Kau tak tahu ke yang semua pekerja dekat syarikat ni, perlu masuk kerja seawal pukul lapan pagi. Tak ada pengecualian"

"Tahu" Aisy menjawab.

"Habis tu?! Kau jangan buat macam syarikat ni bapak kau punya! Suka-suka masuk keluar macam ni. KAU NAK KENA BUANG KE?" suara Adam naik seoktaf.

"Kenapa kau lambat tadi?" wajah Adam serius menyoal. Dia memandang Aisy.

"Awak yang-"

"Kau memang suka nak salahkan orang lain, kan perempuan?" Adam tayang wajah tak sukanya. Berkerut dahi Aisy mendengar balasan Adam.

Lelaki itu kemudiannya menyandarkan tubuh ke dinding kerusi. Matanya dipejam seketika.

"Malam ni Atiya nak datang rumah" Aisy pandang Adam yang masih sama dengan posisi tadi.

"So aku harap kau takkan keluar bilik. Barang barang kau macam kasut simpan dalam bilik kau. Hal kereta pulak aku nak kau parking kat belakang rumah" sambungnya lagi.

Adam seperti faham dengan riak wajah Aisy tayangkan itu, menyambung lagi.

"Malam ni party sebelum Atiya berlepas ke UK. Bukan kami berdua je ada, tapi kawan-kawan aku yang lain pun ada. Aku tak nak diaorang nampak kau. Faham?" Aisy tak banyak cakap sekadar mengangguk faham saja.

"Tapi kalau kau nak keluar waktu tu pun okay jugak. Keluar lepas tu tak payah balik dah. Lagi bagus. Senang hidup aku" Adam berkata sambil tayang wajah tak berperasaannya.

Aisy tahan hati.

Tiba-tiba bunyi pintu dikuak luas membuatkan dua kepala itu serentak kearah sudut itu. Tak tunggu masa lama, Atiya terus masuk kedalam.

"Hai sayang" Adam senyum meluas apabila melihat Atiya. Dan tak pernah pun Aisy melihat senyuman itu. Beruntungnya Atiya.

"Hai sayang"

Aisy rasa tak selesa. Dua pasangan sejoli itu dah tak sedar ke yang dia ada dekat sini?

Aisy bangun dari duduknya.

"Thank you, Tengku" tak banyak cakap, Aisy terus buka langkah keluar dari bilik Adam.

Tbc
170320

Bukan Yang Terbaik (COMPLETE)Where stories live. Discover now