KELUAR sahaja jurusolek wanita itu dari bilik menunggu. Lydia mengeluh panjang. Wajahnya yang siap dengan solekan itu di tatap lama pada cermin. Cantik. Tak tebal. Tak nipis. Just nice.
Akan tetapi... ada sesuatu yang dia tengah fikirkan ketika ini. Iaitu mengenai keputusannya adakah betul ataupun tidak yang dia muktamadkan. Dia juga keliru. Perkataan setuju dan tidak setuju sedang bertarung dalam fikirannya saat ini.
"Betul ke keputusan aku buat ni?" bisik hati Lydia. Kalau nak batalkan perkahwinan ini sekali pun tak ada gunanya juga. Tetamu sudah hadir. Nanti kasihan pula mereka sudah lama menunggu. Lebih-lebih lagi Danish. Lelaki itu sudah mengeluarkan banyak duit untuk dirinya dan juga majlis pernikahan ini. Dia? Satu sen pun dia tak keluarkan. Semuanya Danish belaka.
"Aku yang nak kahwin dengan kau. Aku lah yang bayar semua."
Semudah itu sahaja dia berkata. Lydia pun tidak habis fikir. Besar sangat ke kerja dan gaji dia sampaikan sanggup nak tanggung semuanya?
"Oi! Marissa!" Sergahan itu membuatkan Lydia terperanjat. Terangkat serentak bahunya. Dengan pantas dia berpaling ke arah pintu.
"Eh kau ni. Yang terkejut sangat dah kenapa?" Mahu tergelak Dhia berasa. Lucu benar dia melihat wajah kaget Lydia pamerkan itu. Betul-betul natural. Tak di buat-buat.
"Eee! Kau lah! Lain kali ketuk la dulu pintu." Lydia mencibir geram. Mana tak terkejut keranya dia kalau kena sergah macam gitu. Kalaulah dia ada penyakit latah, tak ke malu diri sendiri nanti.
"Alaaa... chill la, Riss." Dhia tertawa sambil kaki itu mula menapak mendekati Lydia.
"By the way, kau okey tak ni?" Pertanyaan ini sudah sekian berapa kali Dhia lemparkan. Bukan apa. Wajah kawannya sorang itu terlalu jelas memperlihatkan yang dia tidak baik sekarang ini. Macam kena paksa kahwin pun ya.
"Okey je. Cumanya... aku nervous sikit, Dhi" balas Lydia. Balasan yang sama saja dia berikan.
"Haih... kau ni. Tak payahlah layan sangat perasaan nervous kau tu. Ni, majlis kau dah nak start. Bakal suami kau pun dah sampai. Tok kadi dan saksi pun dah sampai. Tengah tunggu bidadari datang je sekarang ni" ujar Dhia sementara tangannya itu membetul ringkas veil putih yang terletak kemas di kepala Lydia itu.
"Eh? Dah sampai dah?" Langsung Lydia berdiri. Semakin bertambah gusar dalam dirinya setelah mendengar khabar itu.
"Ya sayang. Kenapa? Kau tak sedia lagi ke?"
"Eh! Tak adalah. Dah sedia dah ni." Mulut kata lain, wajah kata lain. Dalam masa yang sama dia juga memaksa diri untuk tersenyum.
"Tak payah kau nak struggle sangat tunjuk yang kau ni tak ada apa, Marissa. Aku kawan dengan kau bukannya seminggu dua. Dah bertahun. Segala riak wajah kau. Aku dapat teka semuanya, Riss." Memang segala riak wajah Lydia, Dhia hafal belaka. Kalau Lydia cuba nak tipu orang lain kemungkinan tipunya berhasil. Namun tidak kepada Dhia Zuhairah.
Lydia tersengih malu. Dia melarikan butir matanya ke arah lain. Setelah itu, wajahnya yang resah di tutupi dengan senyuman terpaksa tadi, kini terlihat jelas raut yang sebenar.
"Doakan aku supaya keputusan aku buat ni tepat, Dhi" pinta Lydia yang masih dengan raut wajah kegelisahan itu.
"Ya. Aku doakan kau, Riss. Apa-apa masalah. Kedua belah telinga yang Allah bagi ni akan sentiasa dengar luahan dari kau, okey? Luahan dari budak comel lotey ni." Hujung jari Dhia naik mencuit sekilas pada pipi Lydia.
"Ish, Dhi! Habislah make up aku." Cemberut habis muka Lydia seraya menepuk kecil pada pipinya itu. Bagi meratakan semula foundation tepat Dhia mencuitnya tadi.

ANDA SEDANG MEMBACA
DANISH HAZIQ : Her Psycho Husband [OG]
RomanceKerana terlampau sayang dia sanggup buat apa sahaja asalkan wanita dia ingini itu tetap bersamanya. Pantang melihat wanita dia cintai bermesra dengan lelaki lain. Perasaan cemburu mula menguasai dirinya sehingga tidak sedar dia telah menyakiti wanit...