Buk!
"Sunghoon!" serta merta jeritan Areum kedengaran.
Termasuk kali ini, sudah 4 kali Sunghoon jatuh saat ingin membuat pusingan.
Areum terus panik apabila melihat Sunghoon jatuh. Tanpa berfikir dia terus meluru ke arah Sunghoon. Namun disebabkan dia tidak memakai kasut skate dia juga turut terjatuh. Sunghoon yang sedar akan hal itu membiarkan sahaja Areum berdiri sendiri.
Setelah berjaya bangun, Areum membatalkan niatnya untuk pergi ke arah Sunghoon. Areum duduk di bangku yang disediakan di tepi sambil menggosok lututnya yang sedikit calar. Setelah itu, Areum meneruskan memerhati Sunghoon.
Hampir 3 minit kemudian tiba-tiba Heeseung datang.
"Eh? Areum kan? Kau buat apa kat sini?" soal Heeseung keliru.
"Saja nak cuci pandangan" balas Areum selamba.
"Yang awak ni pulak kenapa? Selama ni bukan Jake ke yang selalu teman dia" sambung Areum untuk bertanya.
"Eh, suka hati akulah. Dia kawan aku" Heeseung memusingkan bebola matanya lalu mengambil tempat untuk duduk disebelah Areum.
"Areum" panggil Heeseung.
"Nak apa?" kasar Areum menjawab. Orang tengah nak fokus kat crush dia kacau pulak.
"Kenapa kau suka sangat kat Sunghoon tu? Rasanya aku lagi handsome" soal Heeseung.
"Astu? Kalau awak lagi handsome, saya kena suka awak?" soal Areum balik.
"Ish, chill lah. Kau nak tahu satu rahsia pasal Sunghoon tak?" Heeseung cuba mengusik Areum.
Areum hanya menganggukan kepalanya.
"Kau tahu tak, setiap malam aku boleh peluk Sunghoon. Kau boleh? Aku boleh baring atas paha dia. Kau boleh? Aku selalu dapat tengok roti kat perut dia. Kau boleh? Kalau aku nak cium dia sekarang pun boleh. Kau boleh?" usik Heeseung sengaja mahu membuat Areum sakit hati. Teruja pula melihat muka gadis itu merah apabila menahan marah.
Areum terus bangun untuk meninggalkan Heeseung disitu. Sebelum pergi, dia sempat meninggalkan kata-kata untuk Heeseung.
"GAY" ujar Areum dengan muka mengejek.
"Apa kau cakap?" Heeseung mengejar Areum lalu manarik tanganya.
"SAYA. CAKAP. AWAK. GAY" satu persatu patah perkataan Areum sebut.
Heeseung tersenyum sinis. Tanganya terus diletakan di pinggang gadis itu lalu ditarik agar jarak mereka menjadi lebih dekat. Heeseung mendekatkan mukanya ke Areum.
"Kalau aku gay, takkanlah aku nak buat macam ni" ujar Heeseung sambil memandang tepat kedalam mata Areum.
"Tapi cara ni tak membuktikan awak bukan gay" balas Areum tak nak kalah.
"Kalau macam ni?" pinggang Areum ditarik lagi. Kini jarak mereka tidak lebih dari 5cm.
"Okey! Awak tak gay! Lepaskan saya" marah Areum.
Terus Heeseung melepaskan Areum.
"Awak ingat awak tu Sunghoon ke? Kalau Sunghoon sampai esok pagi pun saya sanggup stay!" marah Areum dan terus berlari meninggalkan Heeseung sekaligus meninggalkan Sunghoon juga.
Heeseung ketawa kecil apabila melihat gelagat comel Areum.
Sunghoon yang sedar tentang itu terus datang ke arah Heeseung.
"Kenapa kau buat dia macam tu?" soal Sunghoon tidak puas hati apabila melihat Heeseung memeluk Areum.
"Aku saja nak usik dia. Comel jugak orangnya. Kalau kau tak nak dia, biar aku yang ngorat dia" balas Heeseung.
"Kalau kau mampulah. Aku dengar ramai dah ngorat dia tapi dia reject" balas Sunghoon sinis.
Entah kenapa tapi dia sangat marah apabila melihat Heeseung memeluk Areum. Selama ini gadis itu hanya menunggu dirinya. Jadi dia tidak akan membenarkan sesiapa pun mencuri gadis itu darinya.
YOU ARE READING
DARE~
Fanfiction"Cukuplah! aku benci kau tau tak? Benci! nak tengok muka kau pun aku rasa jijik!" - Areum "Aku sayang dia... Aku betul-betul cintakan dia" - Sunghoon "Aku tahu aku salah! Tolonglah bagi aku peluang kedua!" - Sunghoon "Aku still suka dia, tapi apa ya...