Hari sudah menjelma petang, Areum dan Jungwon sedang menikmati aiskrim bersama.
"Kau nak rasa aku punya?" Areum mempelawa.
"Eee, aku tak suka ubat gigi" balas Jungwon.
"Ubat gigi?! Gosh, kau biar betul. Minteu choco is heaven you know?" marah Areum.
Tergamak Jungwon memperendahkan mint choco ice cream nya?
"Nah flavour vanila" Jungwon menghulur aiskrim miliknya.
Saat Areum ingin merasa ais krim tersebut, Jungwon terus calit ais krim tersebut di hidungnya.
"Yargh!"
"Hehe comel" Jungwon ketawa.
"Comel otak kau! Meh aku bagi ubat gigi nih" Areum cuba mencalit aiskrim nya di hidung Jungwon. Namun Jungwon lebih pandai mengelak.
"Merajuk ah"
Areum terus melintas jalan tanpa sedar kenderaan yang lalu.
"Areum!" Jungwong dengan lebih cepat bertindak menarik tanganya.
Areum terjatuh tepat di atas Jungwon.
Lama mereka bertatap mata.
"Boleh bangun tak? Kau berat" Jungwon menghentikan moment tersebut. Telinga Jungwon sudah merah namun cuba disembunyikan. Areum perasan dengan kelakuan Jungwon. Itu sememangnya akan terjadi jika jantung Jungwon berdetak laju.
Mereka berdua bangun dan cuba mentafsir perkara yang baru sahaja terjadi tadi.
"Areum!"
Mereka menoleh apabila mendengar suara dari arah belakang.
"Sunghoon?"
"Bahagia? Aku ingat aku sorang yang kau sayang, tapi rupanya ada yang lain"
"Ni bukan yang macam awak nampak" Areum gelabah.
"Heh, aku tak rasa mata aku menipu" sindir Sunghoon.
Sunghoom berjalan mendekati Jungwon.
"Kau jangan ingat aku akan bagi milik aku kat kau, dia hak aku. Hanya aku. Ingat?" bisiknya.
"Kau! Ikut aku balik" Sunghoon merentap tangan Areum.
Tidak tahu mengapa dirinya bergitu cemburu apabila Areum bahagia bersama Jungwon. Dirinya takut kalau Jungwon akan merampas Areum dari dirinya. Tapi kenapa dia perlu rasa bergini? Hanya lagi seminggu Areum akan tahu tentang dare ini. Sewaktu itu, waktu yang sebenar-benarnya dia akan kehilangan Areum.
"Sakitlah Sunghoon! Awak dah kenapa?" marah Areum. Tanganya sudah bewarna merah akibat digengam kuat.
"Kau tanya aku?" Sunghoon tersenyum sinis.
"Kau tu yang kenapa! Kalau kau nak curang dengan aku sekalipun, bukan Jungwon!" marah Sunghoon.
"Saya dengan dia kawan jelah" terang Areum.
"Kawan? Sampai peluk-peluk macamtu? Aku ni nampak bodoh sangat ke sampai tahap ni kau tipu aku! HAH!?" suara Sunghoon naik nadanya.
"Sunghoon!" Areum cuba menahan marahnya. Kecewa? Ya, dia kecewa dengan sikap Sunghoon.
"Kalau awak tak percaya saya, atleast awak percaya Jungwon please"rayu Areum.
Sunghoon terus berlalu ingin meninggalkan Areum disitu.
Areum mengejar langkah Sunghoon. Bukan kerana dia hendak memujuk tetapi kerana dia takut. Areum tidak tahu dimana dia berada sekarang. Sejujurnya dari tadi dia hanya mengikut hala tuju Jungwon. Kalau Sunghoon tinggalkan dia, macam mana nak balik? Hari pun semakin gelap.
Namun langkah Sunghoon lebih laju sehingga areum hilang jejak nya.
Areum mula gelabah. Areum kini hanya berlari mengikut firasatnya.
»»»
Areum memeluk tubuhnya sambil berteduh dibawah pokok besar.Hujan mulai turun. Areum cuba untuk tahan kesejukan. Dari kecil Areum sememangnya tidak tahan sejuk. Kali terakhir Areum main hujan sewaktu dia masih kecil. Akibatnya dia telah demam panas selama dua minggu. Sejak kejadian itu, ibu bapanya akan sentiasa berwaspada dengan kesihatan Areum.
Tangan Areum suda mula menggigil. Bibirnya sudah berubah pucat.
"Ib... Ibu... Areum takut" terketar-ketar tubuh Areum.
Areum duduk bersandar di batang pokok tersebut.
Saat hampir mata dia terpejam, dia merasakan nafas seseorang di hadapanya. Namun matanya tidak lagi mampu dibuka. Rasa penat sudah menguasai diri. Hanya sepatah perkataan yang keluar dari mulut gadis itu.
"Sunghoon" ~
YOU ARE READING
DARE~
Fanfiction"Cukuplah! aku benci kau tau tak? Benci! nak tengok muka kau pun aku rasa jijik!" - Areum "Aku sayang dia... Aku betul-betul cintakan dia" - Sunghoon "Aku tahu aku salah! Tolonglah bagi aku peluang kedua!" - Sunghoon "Aku still suka dia, tapi apa ya...