BUKK!!!
Satu tumbuk kan hinggap di pipi belah kanan Sunghoon.
"Argh! Kau dah kenapa!" marah Sunghoon sambil memegang pipinya.
"Kau tu yang kenapa! Apahal kau tinggalkan Areum sorang-sorang!" kuat Heeseung menjerit.
Saat Heeseung ingin memberi satu lagi tumbukkan di mukanya, dengan cepat Jay menghalang. Namun Sunghoon tetap terima tumbukan. Tetapi bukan dari Heeseung.
Dari Niki.
"Kau tinggal Areum? Kau tahu tak tadi hujan? Kenapa kau buat macam tu?! Hah! Kau memang takde hati betul!" tanpa sedar air matanya mengalir. Niki sedih.
Areum merupakan kawan baiknya dari kecil. Mereka membesar bersama. Niki tahu bahawa Areum pernah demam panas akibat bermain hujan. Niki terasa gagal untuk melindungi kawan baiknya. Malahan dia lansung tidak melingdungi hati Areum yang sedang dimainkan oleh Sunghoon.
"Kenapa korang bela sangat perempuan tu?!" marah Sunghoon.
"Kau memang tak guna" Heeseung tidak puas hati.
Jay masih menahan Heeseung. Manakala Jake cuba untuk menenangkan Niki.
"Aku takkan maafkan kau kalau apa-apa jadi dekat Areum" ugut Heeseung.
"Tch, kau suka Areum kan?" balas Sunghoon. Dia memang sudah lama curiga dengan perasaan Heeseung. Cara Heeseung melayan Areum sudah cukup membuat api di hatinya marak.
Heeseung diam.
"Ngaku jelah. Takde guna kau nak tipu lagi. Sebab tu kau bela sangat perempuan tu. Aku nak ingatkan kau dan Jungwon. Sedalam mana korang cintakan Areum, dia milik aku. Dia hanya dicipta untuk aku. Aku satu-satunya manusia yang wujud dalam hati dia. So korang give up jelah" Sunghoon tersenyum sinis.
Bukk!
Satu lagi tumbukkan hinggap di wajah Sunghoon. Namun kali ini milik Jungwon.
"Aku akan buat apa sahaja untuk selamatkan dia dari setan macam kau!" terketar-ketar badan Jungwon apabila menahan marah.
"Memang aku suka Areum... Tapi sekurang-kurangnya perasaan aku ikhlas" jelas Heeseung. Sejujurnya dia sendiri keliru dengan perasaanya. Sejak mengenali gadis itu, Heeseung terus ingin bersamanya sentiasa. Takut kehilanganya walaupun sesaat.
Jungwon diam. Dia tidak sangka selain dirinya, ternyata ada insan lain yang masih menyayangi Areum.
"Aku tak kira apa pun jadi, tapi aku nak kau terus terang kat Areum" ujar Niki. Dia mahu semua ini ditamatkan.
"Tch, perempuan tu yang beria... Aku dari dulu dah jelaskan yang AKU TAK SUKA DIA tapi dia yang tipu perasaan dia" balas Sunghoon sinis.
Sunghoon terus mehempas pintu biliknya.
•°SunGhOon pOv°•
Aku terus merebahkan diri di atas katil. Air mataku mula keluar tanpa henti. Segala kesakitan kini aku lepaskan. Sumpah! Aku tak faham dengan perasaan sendiri. Aku tak suka Areum. Aku juga tidak mecintainya. Tapi kenapa aku sangat takut untuk kehilangan dirinya.
Areum! Kau milik aku! Tapi aku tak mampu mengaku bahawa aku juga milik kau! Aku minta maaf! Aku dah banyak sakitkan kau. Tapi aku mohon, walau sejuta lelaki cuba untuk merebut kau dari aku, tolong. Aku merayu. Tinggalkan mereka. Seseorang yang patut kau tunggu hanya aku! Ya! Hanya aku. Kau perlu tunggu aku untuk melatih diri agar hadirnya secebis rasa cinta untuk kau.
Sedang aku mengelamun, aku terdengar ketukan pintu.
"Masuk" arah aku.
"Kau okey tak?" soal Jay risau.
Aku hanya tersenyum. Hadam soalanya betul-betul. Aku okey ke? Tak. Aku tak okey. Aku terus memeluk tubuh Jay dengan becucuran air mata.
"Aku sakit Jay! Aku derita dengan perasaan sendiri" aku menagis.
"Apa maksud kau?" soal Jay.
Aku menenangkan diri terlebih dahulu sebelum bercerita.
"Aku keliru dengan perasaan aku. Aku memang tak sukakan Areum tapi pada masa yang sama aku tak nak hilang dia" jelas ku.
"Aku rasa kau patut turun kan ego kau. Maybe kau cuba menafikan perasaan kau."
"Maksud kau?" soal ku yang tidak faham dengan kata-kata Jay.
"Mungkin kau sebenarnya dah lama suka dia, tapi disebabkan imej kau kat sekolah buat kau tak nak mengaku dengan perasaan tu. Kau takut kalau orang lain pandang kau lemah sebab dah terjatuh dekat perempuan tu" jelas Jay panjang lebar.
Aku tersenyum hambar. Aku buntu. Sekarang dalam fikiran aku hanyalah, jadikan Areum sebagai milik aku seorang selamanya. Sebab aku rasa..... Aku...
Cintakan dia, CHOI AREUM~
YOU ARE READING
DARE~
Fanfiction"Cukuplah! aku benci kau tau tak? Benci! nak tengok muka kau pun aku rasa jijik!" - Areum "Aku sayang dia... Aku betul-betul cintakan dia" - Sunghoon "Aku tahu aku salah! Tolonglah bagi aku peluang kedua!" - Sunghoon "Aku still suka dia, tapi apa ya...