-7-

70 10 0
                                    

Uwais baru selesai melakukan solat sunat tahajud. Jam menunjukkan pukul 4.19 pagi. Bunyi hujan yang lebat dan petir yang kuat membuatkan dia terjaga dari tidurnya. Dia membuat keputusan untuk solat sunat sahaja. Terlihat tubuh Jayden yang sedang lena dibuai mimpi. Sah laki ni tidur mati.

Uwais keluar dari bilik itu dengan niat untuk minum air. Terlihat terdapat cahaya di ruang tamu. Aik? Ada orang tak tidur lagi ke?
Dia mengorak langkah ke arah ruang tamu..

Avalyn sedang berselubung selimut sambil menonton TV itu terkejut apabila melihat susuk tubuh Uwais di situ.

" Kau tak tidur ke?" soal Uwais pelik. Mukanya serious. Dah pukul 4.20 masih tak tidur? Pelik.

Avalyn tersentak dengan bunyi petit sebelum menjawab soalan Uwais. Uwais perasan jari jemari Avalyn kuat menggengam selimut di badannya itu.
Baru Uwais teringat. Avalyn takut petir.

" Err dah tidur tapi ha! Bangun sebab nak tengok RunningMan"

Uwais membuat 'roll eyes'. Dasar penipu.
Uwais mengambil tempat di sebelah Avalyn. Jarak di antara mereka masih ada

" Kau belajar menipu kat Chanel Youtube mana?" Sindir Uwais. Avalyn mencebik lalu menjeling gadis itu.

" Fine..I can't sleep. The thunder ...is..so loud" gumamnya perlahan. Dia tidak mahu menunjukkan dirinya penakut di hadapan Uwais.

Uwais tergelak kecil.

" Tu aku cakap. Kahwin dengan aku"

Avalyn menjeling tajam lelaki itu.

" Apa kena mengena?"

Uwais tersenyum senget.

" Kau boleh peluk aku time kau takut macam ni"

Gatalnya pakcik ni. Avalyn menjeling lelaki itu. Matanya kembali menonton Running Man.
Uwais hanya tersenyum sahaja. Rasanya mamat ni baru je lepas solat sunat. Perangai gatal masih tak berubah ye.

" Kau tak tidur kenapa?" soal Avalyn tanpa melihat ke arah Uwais. Matanya tetap menonton Running Man.

Uwais membetulkan duduknya sebelum menjawab.

" Dah tidur tapi aku terjaga sebab petir. Tu yang bangun solat sunat kejap. Aku keluar bilik pun sebab niat nak minum air"

Avalyn mengangguk kecil.

" Pergilah minum air"

" Hilang dahaga aku dah tengok kau"

' kepala otak kau lah'

Bisik hati Avalyn. Gadis itu sudah penat melayan sweet talker Uwais nih. Dia menekan butang di remote TV itu untuk menutup TV.
Avalyn bangun dari duduknya untuk masuk ke bilik semula. Makin lama dia duduk di situ makin panas hatinya.

Uwais memandang Avalyn lalu berkata

" Kau benci aku ke?" soalan Uwais membuatkan Avalyn terhenti langkahnya.
Avalyn memusingkan badannya lalu menyilangkan lengannya. Apa benda mamat ni?

" Kau kena sampuk ke tiba-tiba? Tanya soalan pelik camtu"

Uwais merenung wajahnya lama. Alamak. Sexy la pula wajahnya bila tenung Avalyn macam tu. Avalyn menelan sedikit air liurnya.

" I asked you a question, Ava"

Suara garau Uwais yang serious membuatkan Avalyn berdebar. Jantungnya berdegup laju. Rasanya minah ni sukakan version Uwais yang serious dan garang.

Avalyn mengeluh perlahan. Pagi-pagi buta macam ni nak main teka-teki macam ni. Kalau main gusti-gusti nak la jugak dia join dengan semangat.

" What make you think I hate you, Encik Uwais Andiqa?"

PainTailor THE HEARTSWhere stories live. Discover now