Preview

293 16 0
                                    

Amanda Rosey dan Avalyn Rosey merupakan sepasang kembar yang tidak seiras. Walaubagaimana pun, wajah mereka masih seakan sama. Tragedi 20 tahun yang lalu menyebabkan mereka hilang seorang wanita yang amat berharga dalam hidup mereka iaitu Mama mereka. Namun, arwah merupakan founder jenama pakaian muslimah RosAA yang agak terkenal di negara ini ketika dahulu. Mereka berdua menyambung legasi tersebut dan menaikkan lagi nama RosAA sehingga kini.

Amanda Rosey merupakan kakak kembar kepada Avalyn. Sikapnya yang tegas namun friendly menjadi buah mulut kepada para pekerja dibawah syarikat itu. Namun, Avalyn Rosey pula mempunyai sikap yang bertentangan dengan kakak kembarnya yang extrovert. Avalyn sangat terkenal dengan sikap yang garang dan introvert di syarikat atau butik-butik kecil di bawah jagaannya.

Tragedi 20 tahun yang lalu yang menyebabkan mereka kehilangan mama mereka telah membuatkan hubungan mereka dengan bapa kandung mereka sendiri menjadi renggang. Pada Amanda, dia okay sahaja dengan Tun Alief, iaitu bapa kandungnya. Pada Avalyn pula, jikalau dia boleh letakkan satu dinding tinggi di antara mereka berdua, dia sanggup.

Suatu hari, mereka dapat panggilan daripada Tun Alief yang mengajak mereka untuk makan malam. Sememanglah mereka berdua terkejut sebab itu kali pertama selepas dua tahun mereka tidak berjumpa dengan Tun Alief kerana kesibukan kerja. Tun Alief juga tidak pernah bertanya khabar dalam tempoh tersebut.

Terjadilah kisah mereka apabila mereka berjumpa semula dengan kawan karib mereka ketika kecil dahulu. Yang paling tidak disangka, apabila Amanda dan Avalyn perlu bertunang dengan kawan karib mereka itu.

Jayden Alistar dan Uwais Andiqa. Jejaka-jejaka kacak itu merupakan kawan karib Amanda dan Avalyn ketika kecil dahulu.

Mummy kepada Jayden berkahwin dengan Ayah Uwais. Ini bermakna mereka merupakan adik beradik tiri sejak berumur 4 tahun lagi..

Perwatakan Jayden yang gentleman dan matang menunjukkan sikap sebagai abang. Manakala perwatakan Uwais yang lebih kepada flirty menunjukkan dirinya sebagai adik kepada Jayden walaupun mereka sama umur.

Nantikan kisah mereka apabila berjumpa kembali setelah 20 tahun terpisah.

PainTailor THE HEARTSWhere stories live. Discover now