15

140 5 1
                                    

Keesokan harinya, mereka sudah check out dari hotel tersebut. Jam menunjukkan pukul 9 malam. Uwais dan Avalyn sekarang berada di rumah 3 tingkat milik Uwais. Avalyn dari tadi terfikir macam mana seorang lelaki seperti Uwais ini duduk di rumah besar macam ni. Dia tak takut ke? Avalyn yang duduk rumah dua tingkat bersama kakak kembarnya itu pun kadang-kadang cuak juga dengar bunyi pelik.

Gadis itu memandang suaminya.

" Kita tidur sebilik ke?" soal Avalyn. Uwais mengangkat keningnya sebelum membuka pintu biliknya itu.

" Kau benci aku sangat ke sampai taknak tidur dengan aku yang sah bergelar suami?"

Avalyn berdecit. Uwais dijeling lalu tangan Avalyn membuka ganas pintu bilik itu. Uwais tersenyum sinis. Sekarang dia tahu apa kelemahan Avalyn. Setiap kali dia tanya soalan seperti itu, Avalyn akan akur dan tidak menjawab apa-apa.

Uwais masuk ke dalam biliknya yang besar itu. Terlihat Avalyn duduk di atas katil. Sekeliling bilik itu diperhati satu per satu.

Uwais menghiraukan gadis itu lalu mengeluarkan bagasinya daripada ruangan wardrobe. Avalyn hanya memerhati lelaki itu. Sejujurnya, Avalyn sedikit kecil hati. Baru sahaja kahwin Uwais terus pergi ke France selama dua minggu atas urusan kerja.
Jejaka itu memasukkan satu per satu bajunya ke dalam luggage besar itu. Takdelah banyak sangat baju yang dia nak bawa. Dia sudah mempunyai apartment di sana.

" Awak pergi dua minggu?" soal Avalyn dengan nada biasa. Uwais mengangguk kecil.

" Why? Are you afraid you will miss me?"

Decitan keluar dari mulut Avalyn. Uwais tersenyum kecil. Avalyn tidak berkata apa-apa selepas itu. Uwais yang perasan riak wajah Avalyn yang seakan bercampur aduk itu berjalan mendekati Avalyn.

" Kau sedih?"

" Mengarut"

Uwais tersenyum kecil. Dahi Avalyn dicium sekilas. Lelaki itu berjalan ke arah almari lalu mengambil sebuah kotak. Avalyn hanya memerhatikan lelaki itu. Uwais berjalan ke arah Avalyn semula. Dia duduk di sebelah Avalyn.

Seutas rantai seperti locket dikeluarkan dari kotak kecil itu. Uwais tersenyum kecil.

" Nah. If kau rindu aku, kau sentuh locket ni " Uwais meletakkan locket itu di tangan Avalyn. Avalyn menyentuh locket itu lembut.

Dia memandang Uwais.

" Siapa punya?"

" Ibu " kata Uwais. Avalyn mengangguk. Ibu yang dimaksudkan Uwais ialah arwah ibu kandungnya.

" Cantik" bisik Avalyn sambil matanya melihat locket itu. Gambar Uwais ketika kecil terletak elok dalam locket itu. Uwais mengangguk. Matanya terkunci pada wajah Avalyn.

" Yeah.. beautiful indeed" bisik lembut jejaka itu.
Avalyn memandang Uwais. Uwais menikam lembut anak mata Avalyn. Wajahnya didekatkan dengan wajah Avalyn.

Avalyn menelan air liurnya. Jantungnya berdegup laju. Dahi Uwais dan Avalyn bertemu. Mata Avalyn secara automatik tertutup. Uwais mengeluh lembut.

" I'm sorry that I have to leave you" bisik Uwais lembut. Avalyn diam tidak menjawab. Adakah dia akan berasa terabai? Ya.

" It feels like you're abandoning me" balas Avalyn dengan bisiknya. Uwais menjarakkan mukanya dengan Avalyn semula. Gadis itu membuka matanya lalu memandang Uwais. Uwais tersenyum sedikit lalu mengusap lembut pipi Avalyn.

" No, Little Cub. Aku janji aku call kau every hour sampai kau rasa annoying"

Lelaki itu dipandang tajam. Namun, Avalyn tidak mampu menahan dirinya daripada tersenyum kecil.

PainTailor THE HEARTSWhere stories live. Discover now