RUMAH JAGAAN

28 2 0
                                    

Setiap yang dilahirkan di dunia ini pasti mengharapkan segala yang baik di sepanjang hidup mereka. Kasih sayang, keceriaan, kegembiraan dan kebahagiaan adalah perkara yang amat diimpikan bagi setiap insan terutama anak-anak kecil. Namun realiti kehidupan tidak semua orang akan mendapat apa yang mereka impikan.

Ini kerana realiti tidak selalunya indah. kadangkala ia boleh menjadi kejam, teruk, sukar dan tidak berperikemanusiaan. walaupun kedengaran tidak adil, tapi itulah hakikat realiti kehidupan yang sebenar. Adanya suka, adanya duka.

Dan itulah yang terjadi kepada seorang gadis muda ini. Kimberly Song, di sebalik perwatakannya yang cantik, ceria, periang dan senyuman manisnya, dia hakikat menyimpan sebuah kisah silam yang amat gelap sejak kecil lagi.

Kisahnya bermula kira-kira 15 tahun yang lalu di sebuah negara di Timur Benua Asia, yang mana seorang bayi perempuan telah pun ditinggalkan di hadapan sebuah rumah jagaan. Dia telah ditinggalkan oleh ibu bapanya tanpa alasan yang tidak diketahui.

Tetapi mujur salah seorang daripada pembantu penjaga kanak-kanak di situ menjumpai bayi tersebut setelah mendengar tangisan yang datang dari luar rumah. Lalu dia membawa bayi itu ke dalam rumah kerana tidak sanggup melihat bayi tersebut kesejukan dan kelaparan di luar. Pembantu penjaga kanak-kanak berkenaan juga cuba meminta agar ketua penjaga kanak-kanak di situ sopaya menerima bayi tersebut untuk dijaga dan ia dipersetujui oleh ketua penjaga tersebut.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 25, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

EJEN ALI FANFICTION: KEGELAPAN MASA SILAM KIMWhere stories live. Discover now