" Hai, gelisah je muka you tu Soeun. Gaduh dengan boyfriend ke? "
Aku hanya tersenyum nipis ke arah Madam Suyeon, tidak dapat membalas apa-apa. Aku melepaskan keluhan, perlahan. Ada perkara yang menganggu aku ketika ini. Bukan kerana kerja yang banyak. Bukan kerana Sunwoo buat masalah.
Bukan. Tapi ia datang daripada nota-nota misteri yang aku terima setiap malam. Di hadapan pintu kondo.
hi cantik :)
hari ni pun you cantik sangat
i dah lama suka you
i selalu tengok you
tapi you selalu tak perasan iScary. Hampir seminggu aku terima nota ni. Hampir setiap malam. Pukul 9. Sangat merisaukan sampai tahap aku tak mahu keluar rumah lagi. Aku tak pasti siapa pengirimnya. Tapi yang aku tahu, dia sudah dapat tahu tempat tinggal aku dan aku benci itu.
Siapa agaknya? Teman sekerja? Jiran? Students aku sendiri? Aku tidak pasti.
_________________________________