KYLIE POV
'Wah bapak besar rumah dia. Berapalah gaji dia sebulan eh?' fikir ku saat aku melangkah masuk ke dalam rumah Yasmin dengan terujanya.
"Awak duduk dulu kat sana ye. Nanti lepas makan baru mandi. Saya pergi masak sekejap. Kesian awak tak makan lagi sejak awak sedar semalam." Kata Yasmin.
"Okay. Eh jap Karl pergi mana?" Tanya ku kepada Yasmin.
"Saya suruh dia balik sebab isteri dia tengah mengandung. So saya tak nak dia terlibat." Jawab Yasmin berlalu pergi.
Aku duduk di sofa yang ada pada ruang tamu itu. 'Apa ni orang kat zaman ni tak de taste ke apa? Asal sofa ni keras sangat?' fikir ku.
Then, selepas memerhati sofa tu baru aku ternampak sebuah touch screen pada tempat letak tangan ada button on dan off.
Disebabkan aku ni jenis yang gatal tangan aku pun tekan button on itu. Tiba-tiba sofa tu menjadi lembut dan terpapar lebih banyak function button. Macam button ke depan belakang, kiri kanan, button Bluetooth. Eh nak buat apa Bluetooth? Hm entah lah. Dan paling interesting sekali button ke atas. Apa lagi aku pun tekan button tu.
"Wah sofa ni boleh terbang." Disebabkan keterujaan aku, sofa tu laju naik ke atas dan hampir melanggar siling dan bila aku sedar akan perkara tu, aku cepat-cepat stop tekan button tu. "Fuh selamat. Sikit lagi aku jadi arwah. Tapi best juga sofa ni. Hehe" Aku pun sambung main sofa tu.
Selepas beberapa minit bermain aku bosan dan turun dari sofa tu. "Haihh lama juga dia masak. Aku dah lapar dah ni." Aku melihat sekeliling untuk mencari jalan ke dapur tapi entah yang mana satu jalan ke dapur. Jap lagi tak pasal-pasal sesat lagi tak dapat makan.
Akhirnya aku hanya baring di lantai sebab dah tak de tenaga nak main. Apabila aku pandang ke bawah sofa tadi baru aku perasan ada sebuah bingkai gambar.
"Eh bila masa ada kat situ? Hm mungkin sebab aku main sofa tadi terlanggar kot. Baik aku angkat nanti tak pasal-pasal kena marah dengan puteri raja." Aku pun bangun dan mengangkat gambar itu.
Dalam gambar tu ada Yasmin dan seorang perempuan yang memakai baju kerja yang sama dengan baju kerja Yasmin dan mereka nampak sangat rapat dan mesra. 'Hm? Siapa perempuan ni? Saintis juga ke? Kenapa diaorang nampak mesra sangat? hmm' Fikir ku sendiri.
Yasmin POV
"Akhirnya siap pun masak. Entahlah sebab aku selalu tak balik rumah ke apa sampaikan barang-barang dapur kat rumah ni semuanya habis. Terpaksa aku order. Apalah dia tengah buat. Dia tu tinggal sekejap pun dah merayau. Ni aku tinggal dia sejam entah apa dia buat." Gumam ku sendiri.
Aku menuju ke ruang tamu selepas siap menghidangkan makanan pada meja makan. Well robot yang sepatutnya kerja kat dapur ni rosak bulan lepas and aku belum ada masa untuk hantar baiki. So terpaksalah aku buat semua sendiri.
Apabila aku tiba di ruang tamu, aku ternampak Kylie sedang memegang sebuah bingkai gambar. 'Eh tu bukan ke gambar tu?!'
"Mana awak dapat ni?!" Tanya ku lalu mengambil bingkai gambar itu dari Kylie.
"Aku jumpa kat bawah sofa tu. Aku ingat terjatuh so aku nak naikkan balik. Sorry. Jangan lah marah." Kata Kylie kepada ku.
"Hm tak pe, dah jom makan. Mesti awak lapar." Kataku kepada Kylie lalu membawanya ke meja makan.
YOU ARE READING
3050
Science FictionSeorang gadis bernama Kylie dipercayai telah beku sekurang-kurangnya beratus tahun dahulu. Apabila saintis menjumpainya mereka mengambil dia untuk membuat ujikaji kepadanya. Apabila Kylie tersedar, dia terkejut dengan keadaan sekeliling yang tidak d...