BAB 3

281 25 8
                                    

Balik nanti pastikan siap cepat. Malam ni ada dinner rumah umi. – Khalif.


MESEJ Khalif yang terpapar pada skrin kunci, membuatkan keluhan halus terletus dari bibir. Bukan apa, petang ni sebenarnya aku perlu ikut Kak Salmah dan beberapa orang guru keluar berbelanja untuk membeli sedikit persiapan untuk mensyuarat agung sekolah. Aku tak tahu mengapa Khalif tidak memberi tahu aku dengan lebih awal mengenai perkara ini sedangkan pagi tadi kami ada berbual bersama.

Mahu tak mahu, aku gagahkan jua jari-jemari ini untuk membalas mesej Khalif. Aku harap sangat, Khalif tidak berkecil hati dengan kata-kataku.


Maaf, saya memang tak dapat ikut sebab petang ni ada hal berkaitan sekolah. – Ajla


Pegang dada, aku harap sangat Khalif faham dengan keadaan aku.

Beep!

Laju sahaja anak mataku teralih pada skrin telefon.


Sekolah tu lagi penting ke daripada umi saya? Itu masalah awak, bukan masalah saya. Yang penting, umi saya nak kita balik rumah dia malam ni juga. – Khalif


Lekapkan telefon di atas riba, aku sudah tertunduk sambil mengetap bibir dengan erat. Tubuh meligih halus tanpa dipinta. Sedaya-upaya, aku tahan supaya cecair bening ini tidak murah meluncur laju ke pipi.

Sebelum ini, Khalif sangat faham akan tugasku sebagai seorang guru. Tapi sejak kebelakangan ini, aku tak tahu mengapa dia bersikap dingin sekali kepadaku.

Cakap tentang umi Khalif, automatik wajah ibu mentuaku kini bergentayangan di ruang fikiran.

Hajah Shamsiah. Sebelum ini, hubungan kami berdua sangat baik kerana kami tinggal sekampung. Kebetulan, Hajah Shamsiah sangat kenal dengan abah dan arwah ibu aku.

Sejenak, tanganku sudah melekap pada perut sendiri. Kempis. Sudah tiada isi.

Aku terlupa. Kasih sayang Hajah Shamsiah telah terbang pergi bersama anak syurga ini. Sejak aku disahkan keguguran lagi sebelum ini, aku dapat lihat layanan ibu mentuaku beransur dingin.

Dia memandang aku, seakan aku ini pembunuh kepada anakku sendiri. Sungguh, aku pun mahu lihat kelahiran permata hati aku dan Khalif ke dunia. Tapi, itu semua di luar kuasa aku.

"Ajla, jadi ke awak nak teman akak cari barang petang ni?"

Teguran daripada Kak Salmah membuatkan kepalaku terdongak perlahan. Selitkan seulas senyum halus, segala kesedihan yang membalut diri segera dirungkai.

"Maafkan Ajla, kak. Ajla memang nak sangat join akak dengan cikgu lain petang ni keluar beli barang. Tapi tiba-tiba Ajla dapat call emergency pula. Ada hal keluarga," ceritaku seraya tertunduk lemah. Rasa malu kini memuncak hebat. Aku ni guru muda. Kak Salmah, guru senior. Aku tak mahu susahkan Kak Salmah sebenarnya.

"Takpe, akak faham. Ajla selesaikan dulu ya apa yang patut tu. Lagipun, tak banyak pun barang nak beli petang ni. Sir Ariff ada. Dia yang drive. Akak dengan Cikgu Aziah hanya mengikut je," pujuk Kak Salmah seraya menepuk lembut bahuku.

Entah mengapa, hati ini dicucuk rasa sebak apabila kata-kata lembut Kak Saemah menjadi halwa telinga pada saat ini. Bila berada dengan Kak Salmah, aku terasa dia seperti kakak aku sahaja. Maklumlah, aku anak tunggal. Tidak pernah merasai kasih sayang seorang kakak mahupun abang.

"Terima kasih, Kak Salmah. Akak dah banyak bantu saya. Hanya Allah sahaja mampu balas jasa akak." Tanpa dapat dikawal, berkaca juga mataku saat ini melihat wajah Kak Saemah.

"Sama-sama, Ajla. Akak dah anggap Ajla macam adik akak. Kalau ada masalah, Ajla jangan segan berkongsi dengan akak ya..."

"Insha-Allah, kak..."








Terakhir (OG)Where stories live. Discover now