Cukup 10 komen, saya bagi bab baru.
"KENAPA ustazah jalan macam senget-senget? Kaki ustazah sakit ya?"
Mengangkat pandang, raut wajah manis Marissa aku tatap dengan seulas senyuman. Patutlah sejak tadi aku nampak dia berkeluh-kesah di tempatnya sejak tapi. Rupanya dia mahu tahu mengenai keadaan kaki aku.
"Luka sikit je ni, sayang. Tak ada apalah..." nafiku seraya tertawa halus.
"Kaki ustazah sakit ke? Kenapa ustazah?" Arif, si ketua kelas pula mampir mendekati aku. Tak lama kemudian, berduyun-duyunlah anak muridku mengerumuni di meja guru. Ingin merisik keadaan aku.
"Ya, Arif. Kaki ustazah sakit sebab terpijak kaca. Tapi sakit sikit je."
"Boleh ke kita orang nak tengok luka tu? Kesian ustazah..."
Membuka kasut, aku terus tunjukkan kakiku yang ditampal plaster di sebalik stoking. Dan tanpa dijangka, Marissa duduk di hadapan kakiku dengan wajah yang muram. Sejenak, jari-jemari mulusnya mengusap lembut luka di sebalik plaster.
"Kesian ustazah. Mesti sakit, kan?" Sepasang mata Marissa kini beriak mendung. Suaranya bergetar halus.
Tiba-tiba sahaja hatiku diterpa rasa sebak yang teramat. Anak-anak muridku yang kecil ini, masih ada perasaan mengambil berat tentang diriku sedangkan aku hanya guru yang mengajar kelas mereka. Tetapi, suamiku...
Aku paksa diri supaya tidak menangis di sini.
Sejak malam semalam kami pulang dari rumah emak mentua aku, sedikit pun tiada kata-kata dari mulut Khalif bertanyakan tentang keadaan aku. Semalam yang ubatkan luka aku pun Mak Biha.
Aku tak minta banyak. Cuma, aku nak sangat Khalif tanya tentang luka di kaki aku. Sebelum ni, dialah orang yang paling gelabah bila terjadi sesuatu.
"Ustazah ambillah plaster bunny ni. Nanti kalau ustazah tak cukup plaster, saya boleh bagi. Mama saya yang letak dalam beg saya benda ni. Tapi saya tak guna pun," hulur Arif seraya tersenyum malu.
"Terima kasih, Arif..." Plaster luka berwarna biru muda yang dihiasi gambar kartun arnab itu aku sambut dengan hati yang berbunga. Comel. Walaupun baru tujuh tahun, sisi keprihatinan dalam dirinya jelas terlihat. Bukti bahawa Arif dididik dengan baik oleh kedua orang tuanya.
"Terima kasih semua. Insha-Allah, luka ustazah ni tak lama lagi baiklah ni. Dah, semua duduk tempat masing-masing. Kita sambung belajar jawi lagi."
"Baik, ustazah."
Jauh di sudut hati, aku berdoa agar anak-anak ini sentiasa menyenangkan hati orang tua mereka. Walaupun aku masih belum berpeluang mempunyai anak sendiri, sebagai ibu aku juga akan berasa gembira apabila menyaksikan anak-anakku mempunyai sikap mengambil berat kepada orang di sekeliling mereka.
Ya Allah, terima kasih kerana mengirimkan anak-anak ini untuk mengisi lompong di dalam jiwaku...
BALIK sahaja ke rumah, aku terus mengerjakan solat Zuhur terlebih dahulu. Usai solat, aku terus makan tengah hari dengan lauk yang aku bungkus di kantin sekolah tadi. Dalam masa yang sama, sengaja aku bungkus lauk lebih sikit untuk Khalif. Kadang waktu tengah hari macam ni dia akan pulang sekejap dari pejabat untuk makan di sini.
Sambil makan, anak mataku kini melingas di sekeliling ruang rumah.
Berlatarkan biru muda. Terdapat juga beberapa perabot dihias bersama. Sewaktu kami baru berpindah masuk ke sini, Khalif sendiri yang menguruskan semuanya mengikut citarasa aku yang sukakan konsep minimalis.
Rumah kami tampak kemas dan cantik. Ramai yang memuji kepintaran Khalif mencari interior designer untuk rumah kami. Cuma sejak kebelakangan ini, aku tak tahu mengapa rumah cantik ini kelihatan suram sahaja.
YOU ARE READING
Terakhir (OG)
Short StoryKHALIF ANAQI | AJLA UMAIRAH Seorang zuriat peninggalanku, diberi nama Ainul Mardhiah binti Muhammad Khalif Anaqi. Aku berharap agar si kecil itu mampu menyinari hari-hari bapanya. Memberi kebahagian yang tidak mampu aku berikan sewaktu diri ini be...