Guyss minta tolonglah support book ni serious vote, komen korang sangat saya perlukan dan share dekat stay yang lain.. Kalau tak ada yang support dan memang bagi korang cerita ni tak best, saya akan unpublish walaupun sebenarnya saya buat book ni dengan 2 season.. Tolong ehh
>>•••<<>Winter Falls<
•Part 4•>>•••<<
"Hy-hyung" Jisung terkejut melibat keberadaan Minho di ambang pintu.
"Aku tanya kau nak pergi mana pukul 2 pagi nanti?" tanya Minho lagi sekali.
"Kau buat aku terkejutlah muncul tiba-tiba.. Aku nak ambil kawan aku dekat airport.. Dia dari Malaysia sambung belajar dekat sana.. Ni dia baru nak bertolak ke Korea, katanya dah dekat dalam flight tapi belum gerak lagi sebab dekat sana hujan so kapal terbang belum boleh bergerak" ujar Jisung panjang lebar sambil memainkan telefonnya kembali menghiraukan Minho yang pergi ke dapur dan meletakkan makan malam mereka.
"Aku teman" jawab Minho setelah duduk di sebelah Jisung dekat 2 tin air coca-cola dan menyerahkan satu kepada Jisung.
"Tak payahlah hyung, kau tidur je lagipun esok kau ada kelas pagikan.. Aku tak tau dia sampai Korea pukul berapa, jangkaannya pukul 2 pagi tapi sebab dekat sana tengah hujan takut Sampainya lambat.. Kau pun esok kelas pukul 8 kan.. Dari sini nak ke airport bukannya dekat" balas Jisung minum air coca-cola nya.
"Kau nak pergi sana naik apa? Mana ada transport malam-malam buta macam tu" ujar Minho masih pada pendiriannya untuk menemani Jisung.
"Tak payah risau, aku dah order grab awal-awal and aku bayar 2 kali lipat untuk driver tu so kau tak payah risau ok" ujar Jisung sambil tunjuk aplikasi grab kepada Minho sebagai bukti dia sudah order grab.
Minho hanya menghela nafas sahaja dengan tingkah Jisung yang keras kepala.
"Kalau macam tu kau tidur awal biar tak lambat nak bangun nanti" ujar Minho dan berlalu ke biliknya untuk mandi.
Jisung memerhati gerak geri Minho sehingga pemuda yang lebih tua tersebut sudah tidak terlihat di mata Jisung lalu Jisung menghela nafas lega.
"Hampir je tadi" monolog Jisung yang tersangatlah pelan.
>>•••<<
Seungmin dan Changbin duduk di meja makan di rumah mereka sambil termenung dan mengabaikan makanan di hadapan mereka.
"Siapa budak tu?" tanya Changbin memandang wajah Seungmin.
"Jangan tiba-tiba boleh?" ujar Seungmin datar.
"Takdalah, budak tu sebiji macam Han tapi bila kita pergi rumah Han, Han ada dalam rumah tu.. So siapa yang kita nampak?" tanya Changbin dengan wajah bingung.
"Pelanduk 2 serupa kot" balas Seungmin seadanya.
"Takkanlah boleh sebiji macam tu macam copy n paste"
"Tapi Han tak ada kembar"
"Boleh jadi dia sembunyikan kembar dia dari kita? Sedangkan eomma appa dia pun kita tak kenal kan"
"Nak try tanya dia ke?" tanya Seungmin lalu meneguk minumannya.
"Takut" balas Changbin dengan membuat wajah yang menjijikkan bagi Seungmin.
YOU ARE READING
Winter Falls || •Stray Kids•
FanfictionPersahabatan yang telah lama terbina dan harus terputus di tengah jalan hanya kerana masalah daripada kedua orang tua mereka. Mampukah persahabatan itu disatukan semula? ⚠️ DISCLAIMER ⚠️ Cerita ini hanya rekaan semata-mata dan tiada kena mengena de...