>>•••<<>Winter Falls<
•Part 7•>>•••<<
Sudah sebulan Hyunjin dan Seungmin masih belum tersedar dari koma mereka dan hampir sebulan juga mereka tidak tahu khabar Minho.
Tuan Bang sengaja meminta para pekerjanya untuk memasukkan pelbagai virus ke dalam mikrocip dan alat elektronik yang lain agar tiada siapa yang dapat hack kerana Tuan Bang sudah mendapat kesan jika mikrocip milik Felix telah pun musnah.
Tok tok tok
"Masuk" ujar Tuan Bang yang sedang duduk di kerusi kebanggaannya.
"Appa"
"Ahh Minho-shi ada apa sayang?" tanya Tuan Bang dengan sudah tentu berpura-pura baik di hadapan Minho.
"Mereka telah menyuci minda Chan hyung dan Felix.." ujar Minho datar.
"Tak apa Minho, kita tunggu saat yang tepat baru awak boleh balaskan dendam awak terhadap mereka terutamanya Han Jisung" ujar Tuan Bang dengan senyum sinis.
>>•••<<
"Macam mana?" tanya Jisung kepada kembarnya.
Mereka berdua sedang berada di makmal milik Peter di mansion utama milik keluarga Han.
"Hampir berjaya.. Changbin, ambilkan tikus dekat dalam kotak kaca tu lepastu letak dekat bawah ct scan tu" arah Peter.
(Jangan korang fikir ct scan macam dekat hospital)
"AAAAAAA aku geli tikussssss.. Bagilah aku buat kerja lain🥺" ujar Changbin sambil membuat muka kesian.
"Muka macam tengah tahan berak" ujar Jeongin dan mengundang tawa yang lain.
"Dah Jeongin je pergi ambil" ujar Peter dan segera di laksanakan oleh si muda.
Semasa Jeongin ingin mengambil tikus tersebut, Jeongin membuka kotak kaca dan—
"AAAAAAA GELIIII HYUNGG TAKUT TIKUSSS HUHUHUHU" jerit Jeongin di dalam bilik ct scan.
Peter dan Bang Chan sudah menepuk dahi masing-masing dengan gelagat member mereka. Manakala Changbin sibuk mentertawakan Jeongin yang pada mulanya mengejek dirinya.
"Dah Jeongin, kau keluar.. Biar aku yang handle" ujar Bang Chan lalu masuk ke dalam ruangan tersebut dan Jeongin segera keluar.
"Ok Chan, buat apa yang aku arahkan.. Masukkan cecair tu dalam air dia lepastu bagi dia minum" ujar Peter dan Bang Chan menurut arahan.
Bang Chan memasukkan cecair yang telah dibuat oleh Peter ke dalam minuman si tikus. Dalam masa 5 minit, mereka melihat reaksi tikus seperti kejang dan akhirnya muntah.
Felix yang duduk di sofa hanya memantau dengan keadaan gelisah dan ditemani oleh Changbin dan Jeongin yang cuba menenangkan Felix.
"Ok Chan, letakkan dia dalam box ct scan yang khusus untuk tikus" arah Peter dan setelah itu lampu led telah dinyalakan dan mereka semua dapat melihat isi perut tikus tersebut yang telah muncul di layar televisyen di dalam makmal tersebut.
"Ok sini aku terangkan.. Aku ada curi satu mikrocip yang 100% sama dengan milik Felix dan mikrocip tu aku dah lama tanam dalam tikus tu sementara aku cuba cari bahan yang boleh hapuskan mikrocip tu.. Selepas aku dapat merakit ramuan dan berjaya menghapuskan mikrocip tu, aku terus bagi pada tikus ni dan tengok hasilnya..
Dekat situ aku nampak ramuan tu berjaya menghancurkan mikrocip tu dan terus aku ajak korang semua berkumpul dan aku bagi ramuan tu dalam minuman Felix.. Hasilnya memang berjaya tapi aku terlepas pandang dengan satu benda yang bahaya dan untungnya Jisung cepat perasan..
YOU ARE READING
Winter Falls || •Stray Kids•
FanfictionPersahabatan yang telah lama terbina dan harus terputus di tengah jalan hanya kerana masalah daripada kedua orang tua mereka. Mampukah persahabatan itu disatukan semula? ⚠️ DISCLAIMER ⚠️ Cerita ini hanya rekaan semata-mata dan tiada kena mengena de...