𝐓𝐀𝐃𝐃 } 1

452 23 8
                                    

Ketika berusia 11 tahun...



"Panaslah! Tak boleh ke kita berehat sekejap?" Tangan dikibas ganas dekat pada muka. Namun itu tetap tidak mampu menyejukkan wajah yang kini sudah menjadi merah menyala dek disimbahi sinaran matahari. Matanya menyepet menahan silau seraya merenung ke arah beberapa rakan sepasukan rumah hijaunya yang sedang bersiap sedia untuk melakukan percubaan lompat tinggi.

 "Bukan ke tadi baru rehat?" Imani yang duduk di sebelahnya bersuara. Wajahnya turut berkerut menahan silau cahaya matahari. Si sahabat merengus geram. Tidak ada kipas, sekeping kertas kosong yang berada di dalam poket seluarnya dikeluarkan lalu dikibas pada wajah.

"Itu rehat makan! Makan pun dia bagi beberapa minit aje. Dahlah kantin ramai. Nak beratur pun ke main panjang macam kereta api! Tak sempat langsung nak rileks! Paling tak boleh blah, lepas makan aje, dengan mulut masih penuh, dengan perut masih tak sempat nak hadam, terus dipanggil berkumpul balik kat padang! Macam cekiya!" Dengan satu nafas sahaja dia menyemburkan perasaan tidak puas hatinya. Tepat di hadapan wajah Imani. Dan paling malang, Imani turut menjadi mangsa tempias air liur si sahabat.

Imani pejam mata lalu mengelap air liur si sahabat yang merecik pada pipinya. Dia tarik nafas dalam sebelum dia membuka mata dan merenung wajah masam si sahabat.

"Sabar, boleh? Bukan kau sorang aje yang penat, panas. Aku pun sama. Semua orang pun sama. Tapi nak buat macam mana... cikgu nak settlekan semuanya cepat-cepat hari ni. Sebab lusa, latihan untuk acara padang akan start. Rumah sukan kita ni baru settle untuk pemilihan lumba lari dengan lompat jauh. Sekarang ni kita kena fokus pada lompat tinggi pulak."

Imani pula yang berleter panjang. Dia kini memasungkan pandangan ke hadapan. Di mana beberapa rakan sepasukan rumah hijaunya yang sedang menyertai percubaan latihan lompat tinggi. Mana pelajar yang dapat melompat melepasi tiang, maka namanya akan serta-merta dipilih oleh guru rumah sukan untuk bertanding di dalam acara padang tersebut.

"Kau dah try ke?" Suara si sahabat buat Imani pantas menoleh ke sisi.

"Try apa?"

"Tulah, lompat tinggi tu. Kau dah try ke? Aku tak nampak pun kau pergi cuba. Bukan kita semua kena cuba lompat ke?"

"Dah. Masa kau pergi tandas tadi aku dah try. Tapi tak lepas. Malu seh. Aku bukan malu sebab tak lepas. Tapi malu sebab cara aku jatuh kat tilam tu. Berguling macam nangka busuk! Habis tudung aku terselak sampai nampak leher!"

Automatik tawa si sahabat terletus. Imani memincingkan mata dan merenung tajam pada si sahabat.

"Siapa suruh kau ketawa, wahai Balqis Qistina?" Wajah Imani bertukar kelat.

Balqis menekup mulut bila menyedari tawanya menarik beberapa perhatian pelajar yang duduk berdekatan dengan mereka. Namun tubuhnya bergegar hebat dek sedaya-upaya menahan tawa daripada terlepas sekali lagi.

"Sorry. But... seriously? Apa pasal kau tak masukkan dulu tudung kau kat dalam baju kau? Tak pasal-pasal budak lelaki rumah sukan kita dapat tengok free show!" Dengan sisa tawa, Balqis berkata seraya mengerling ke arah pelajar-pelajar lelaki rumah sukan mereka yang sedang elok duduk di atas rumput sambil memerhatikan rakan sepasukan rumah mereka yang sedang melakukan percubaan lompat tinggi di hadapan.

"Tak terfikir." Imani membalas selamba.

Balqis menggeleng kecil. "Tulah kau! Otak ada tak nak guna!"

Imani hanya tayang muka datar. Dia kemudiannya kembali menumpukan perhatian ke hadapan. Ke arah rakan-rakan sepasukan rumah hijaunya yang sedang melakukan percubaan lompat tinggi.

𝐓𝐀𝐊𝐃𝐈𝐑 𝐀𝐊𝐔 𝐃𝐀𝐍 𝐃𝐈𝐀Where stories live. Discover now