TENGKU SHEIKH 02 ✓

11.5K 412 6
                                    

Rose terus menghempaskan tugasanya di atas meja sempat dia mengetuk kuat meja itu. Dia tidak kisah kalau tanganya rasa sakit, tapi lagi sakit hati dia di malu kan oleh Dr.Tasya. Eisha hanya memutarkan bebola matanya sahaja. Tak boleh nak salah kan sesiapa. memang salah mereka berdua sebab lambat masuk Class

"haish aku tak faham lah. Aku lambat seminit ja pun" Bebel Rose sambil mengenggam kuat tangan kiri kananya, sempat dia menutup matanya dengan erat. Eisha yang berada di tepi Rose terkejut dengan tindakan Rose sebentar tadi

"Kau sabar ja lah. Bukan kau sorang ja kena. Aku pun kena." Ujar Eisha cuba menenang kan kawan baik nya. Dia juga mengeluarkan tugasan yang di berikan oleh Dr. Tasya sebentar tadi. Dia boleh nampak Rose sudah menahan kemarahan

"Lek ja" Ujar Eisha lagi

Rose terus menjeling tajam ke arah Eisha. Iya dia tahu, bukan dia sorang sahaja kena marah. But! Rose tetap tak boleh terima. Dah la kena marah depan orang ramai. Ingat dia tak ada perasaan Malu ka?!

EeeI Geram ja Dr. Tasya tu! Kecik besar kecik besar ja engkau dekat ingatan aku sekarang ni!

Flashback....

Rose dengan perlahan-lahan menolak pintu dewan itu , Eisha sentiasa di belakang Rose. Masing-masing berdebar walaupun tahu memang akan kena marah dengan Dr. Tasya. Rose hanya menayangkan muka tidak bersalah kepada Dr.Tasya.

"Aku Rasa Kita dah tak selamat.."bisik rose

"Tawakal ja" bisik Eisha Pula

"Assalammualaikum... Selamat pagi!" Ujar Rose riang walaupun rasa takut seudah pun menghantui diri Rose dan juga Eisha. Masing-masing meneguk air liur apabila semua orang sudah pun memandang ke arah mereka berdua

"Ouh, sampai rupa nya. Ingat kan tak tahu jalan nak datang dewan?" Sindir Dr. Tasya sambil memandang tajam ke arah Eisha dan juga Rose

"Kenapa kamu berdua lambat? Kamu tau kan saya tak suka student yang suka datang lambat" Marah Dr. Tasya sambil bercekak pingang di depan Rose Dan Eisha. Rose terus berdoa dekat Allah dan Eisha masih lagi genggam tangan kiri Rose. Shaking!

"Kami tak lambat pun Dr. Kami lambat seminit ja" Ujar Rose dengan muka menahan takut. Semua orang di situ hanya memandang ke arah Rose yang sudah berani melawan mulut dengan Dr. Tasya

"Kamu Kata tak lambat, kamu tahu tak? Seminit pun dikira jam!" Ujar Dr. Tasya dengan nada marah. Satu demi satu langkah, kaki Dr. Tasya berjalan pergi ke arah Rose dan Eisha\

"Sorry Dr. Lain Kali kitaorang datang awal" Ujar Eisha Pula. Cuba untuk memujuk Dr. Tasya yang sudah pun naik hantu keturunan singa. Ha! tengah kutuk ni. Geram!

"Saya tak kira kamu berdua ambil tugasan ni dan terus duduk di luar. Siap kan dekat rumah, esok saya nak tengok! Kalau tak siap, saya kosong kan mark untuk exam final" Arah Dr. Tasya. Terbuka terus Mata Rose dan Eisha. Ini yang susah ni! main dengan mark pula

"Seriusly, Dr. Bagi la chance! Lagipun seminit ja. Bukan sejam" Rayu Rose sambil membuat muka kesian

"You think, I care about it?" Soal Dr. Tasya ke arah Mereka berdua

"Hurm, baiklah Dr.tasya. lain Kali kitaorang dah tak buat lagi" Ujar Eisha

"Good!" Ujar dr.tasya

Rose dan Eisha terus mengambil tugasan yang diberi Oleh Dr.tasya. Sempat Rose menjeling ke arah Dr. Tasya walaupun dia tahu yang Dr. Tasya tak nampak. Semua orang masih lagi tidak lepas memandang ke arah Rose dan Eisha

TUAN VILLAIN : TENGKU SHEIKH || C { REVAMP }Where stories live. Discover now