• Hello, Aku Author. Kau Reader •

282 14 19
                                    


Jeng jeng jeng.. ini arr karya terbaru aku cam yang aku mention  kat chapter  5 'AIK' dua hari lepas. Ianya tentang ape? Nak tau? Teruskan pembacaan korang.

Pergh.. makin banyak plak karya aku kat Wattpad ni, ekk? Sesetengah novel masih belum ade penamat tapi aku buat satu lagi buku. Hmm, FYI  ini bukan novel atau cerpan yang ade jalan cerita & plot macam karya-karya aku sebelum ini. Tapi satu garapan & coretan aku tentang dunia penulisan. Kat sini, aku akan ceritakan sejarah bagaimana aku mula-mula berminat mengarang novel serta cerpen. Tak ketinggalan, aku akan turunkan beberapa petua juga pemuda cara-cara menulis sesebuah kisah fiksyen.   

Kenapa aku buat 'HAA' ni? Perasan bijak ke? Dah otai ke kat Wattpad ni? Hmm, aku tak mengaku pun aku bijak, hebat atau otai. Tapi, bila dah hampir tujuh tahun kat Wattpad ni, so  banyak gak le pengalaman aku. Pengalaman sebagai penulis & pembace. Orang cakap, manusia menjadi dewasa dek pengalamannya

FYI, aku ade gak bace karya-karya author  lain kat Wattpad ni. Cuma tak nak heboh & menonjol je. Tapi, aku hanya bace citer yang sealiran serta yang seangkatan dengan karya aku je. Karya ala-ala drama pukul tujuh tu akan malas nak layan. Jugak, karya sains fiksyen ala 'Star Wars' & fantasi ala 'Lord of the Rings' pun aku malas nak bace. Karya fanfic  pun aku tak minat. Kenapa? Nanti aku bagitau di next entry, ekk? 😁

Sebenarnya, dah lama aku nak buat 'HAA' ni cuma menanti masa yang sesuai je. Aku dah nekad akan hasilkan sesuatu cam ni kalau citer 'Budak Bukit' tu capai 300,000 reads. So, bila dah tercapai sasaran tu, maka aku pun kena le tunaikan hasrat aku, kan? Orang kata, tak baik mungkiri janji.. hee 😁 Tapi kalau tak ade sesiapa nak bace pun, aku no problem. Janji, 'HAA' ni berjaya gak aku realisasikan. 

Ops, makin panjang plak aku melalut. Nantikan entry  berikutnya 'HAA' selepas aku publish chapter  6 'AIK', kay?


'MEMBACA BOLEH MELEWATKAN PROSES DEMENSIA PADA SESEORANG. JADI, CER BAYANGKAN KALAU ANDA SORANG PENULIS MACAM KAMI PARA AUTHOR  NI? PERGH.. DAH TENTU SIHAT SEJAHTERA HIDUP ANDA, KAN?'  😉


Reading improves memory because it stimulates and exercises the brain. It also accelerates the formation of new connections and neurons. And when reading, the distraction can help alleviate the symptoms of stress. Reading is also known to reduce the risk of age-related cognitive decline and Alzheimers .


Reading is actually an important health habit for your brain because it improves memory, concentration, and stress, among other big benefits.


Reading is an excellent method to exercise your brain, unwind, and participate in activities that are beneficial for stress levels and brain health, putting you in a better position to decrease cognitive aging even while it would not stop dementia from advancing or completely reduce your chance of getting it.

• hello, aku a𝓊thor • {haa}Where stories live. Discover now