Aku lelah

15 1 0
                                    

Mereka sudah lama tidak beri perhatian padaku

Bukan ku minta untuk beri sepenuhnya

Mungkin kerana pencapaianku sudah lari dari landasan mereka


Prestasi ku turun mendadak

Emosi ku semakin meledak

Jiwa ku membuak

Fikiran ku memberontak

Diri ku seakan jasad di dalam kotak


Aku lelah

Hari demi hari

Kaca diriku dipecah pecah

Mungkin kembali ia menjadi pasir


Aku tidak mampu menggilap

Tidak mampu mengembalikan sejarah

Kilauan ku sudah pudar

Tumpuan ku tersasar

Minat ku hilang dipadam dendam


Ibu ayah

Anak mu ini sudah tidak mampu berdiri

Aku tahu bebanan mu lebih besar berbanding anak mu ini

Namun, ibu ayah

Diriku kini tidak lagi seperti yang dikau harapkan

Jiwa ku mati tinggalkan jasad

Kembali lah ibu ayah

Seperti sediakala

Ketika aku masih mampu gelak tawa

Tanpa sebarang pura


Ibu ayah

Aku tidak mampu lagi menggapai bintang

Mungkin hanya mampu menjadi penyumbang

Untuk kecil dibawahku

Kerana aku tahu

Dirimu sudah menjelang senja

Dirimu paksa kerah tenaga

Biarkan aku padamkan lampuku

Biarkan aku sinarkan cahaya kecik-kecil dibawahku

Kerana anak mu ini, terkubur jiwa mati jasadnya

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 04, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Rintihan jiwaWhere stories live. Discover now