Prolog

84 35 11
                                    

Angin hambar menusuk setiap jengkal kulit. Menghembus datar imaginasi khayal seorang gadis. Sengaja menggeser jendela kaca membiarkan puing langit dan hamparan desa disuguhi pokok dan bukit menjadi saksi bisu tingkahnya. Sudah satu jam setelah mandi Hanna Kate masih membelenggu tetap pada posisi. Hanna mencuci luka acakan yang masih keluar bening merah pekat dicelah ibu jari kaki. Duduk penuh pada permukaan mozek dingin. Sesekali menghapus sekilas deretan tangis mencecah sehingga tunjang leher.

Ada yang seperti mempermainkannya, dan setan mungkin sedang tertawa rakus. Sekuat hati kental Hanna ingin membuktikan bukan takdir yang salah tetapi nafsu manusia. Nafsu menganiayai hamba sang pencipta. Bibir pucat meniup pelan pada benaman kaca sudah tertusuk sekian lalu. Darah juga semakin membeku. Tangan ringkih cuba mengeluarkan serpihan kaca pada ibu jari kaki. Labium kenyal tertutup rapat menahan pedih, perih.

Hanya mampu menahan dari keluar celahan sakit. Semua akan musnah jika Sheila mengetahui nya. Mungkin akan jadi onar mendadak. Seorang mama tidak mampu menutup mulut kendati sesaat.

Berjaya. Berakhir titisan darah menyembah bumi. Hanna menangis setelah nya. Tidak terlalu terisak hanya saja automatis seperti itu. Hati merahnya ngilu. Kejadian cedera berlaku sekelip mata ketika Hanna keluar kamar mandi dan masih merudung diri benarkan segala watak jahat bermain di benak. Sehingga tidak jangka rak buku tepian jendela yang terkandung hiasan berkaca terjatuh sendiri menjebak Hanna. Dunia sekaligus sedang menunggu masa menjatuhkan Hanna Kate.

Pintu diketuk beberapa kali sehingga salah satu tangan Hanna menutup penuh luka baru. Menepis semua tisu berdarah ke bawah katil ditepinya. "Masuk ma.."

Tahu sekali waktu begini Sheila akan ikut campur melihat anak nya jika hampir satu hari tidak merasa aura Hanna. senyuman manis itu terserlah ketika memunculkan diri balik daun pintu. Gundah rimas mencengkam relung kalbu ketika Sheila mengambil tempat duduk tepi katil berhadapan dengannya. Takut jika luka itu menghasilkan darah lagi.

"Masih menghukum diri? " Diam kosa kata. Jika ia ditempat Hasha mungkin sejengkal masalah saja tidak akan berat mulut menyampai. Tetapi Hanna mempunyai prinsip hidup sukar dan payah.

"Bukankah manusia memang suka menghukum Hanna?" Kedengaran Sheila mengeluh pelan.

"Dengar Hanna. Mereka itu sama-sama toksik, sampai bila pun hati tu takkan tenang kalau masih ada niat busuk. Kamu tak keseorangan. Masih ada mama, papa, Ashley dan Hazar."

Menenangkan kesedihan pula. Sheila mencantum kerapuhan akibat retakan nurani Hanna. Tangan tuanya mengusap penuh makna pada permukaan pipi anaknya. Mencium sekilas sementara kedua tangan masih tetap menarik pelan wajah sendu Hanna.

"Apa kita perlu sosok digelar sahabat? Untuk menerima kembali—Hanna jadi takut sekali." Ucap Hanna menekan di hujungnya.

Bibir bergetar menahan linangan dari jatuh lagi menyuluh bumi. Patutkah Hanna hanya beri kiasan yang mawar merah sudah diciprak racun? Duri sudah tumpul dari menahan segala terpaan. Bahkan tanggannya menggepal sakit berkali-kali mengenggam bara.

"Cuba katakan mengapa Hanna takut? Mama pun nak tahu juga. Jangan pendam sendiri, ingatlah pesan mama. Hanna masih ada keluarga."

Menggigit bibir, pusing. Secara logikal Hanna tidak mahu siapa pun masuk campur tapi otak bahkan tubuh sudah lemah membendung. Menjaga nama penuh setiap lowongan di sekitar sehingga dirinya ditikam bertalu.

"Ketika Hanna terlalu berharap, juga berkongsi alur kehidupan. Tetapi bayangan hitam dianggap rekan menanam cuka secara perlahan dan cuba menjatuhkan aliran mengesan."

Sheila mengerutkan dahi. Tetapi tak lama dia tersenyum kecut. Mengetahui celah maksud Hanna membawa watak sinis menyindir. Bahawa dunia itu tak jauh dari detik kejam. Hamba sang pencipta masih belum puas menyakiti sesama saudara malah berani saling menjatuhkan.

Unhurts Where stories live. Discover now