BIDADARI

57 12 7
                                    

Assalamualaikum, bidadari saya.

Sebelum naskhah ini dibaca, benarkan saya untuk memberitahu beberapa nasihat dan peringatan agar tiada yang berdalih hati atau selainnya. Dengan ini, saya mulakan bicara pena ini.

Wahai bidadari saya, andai awak tahu betapa lama saya memendam rasa khilaf ini.. betapa lama saya memendam rasa gagal ini.. adakah awak akan tetap meneruskan perjalanan sendiri? Adakah awak akan tetap berjalan tanpa saya? Bidadari saya, saya rindu... Saya pinta pada Tuhan agar kembalikan awak tetapi saya tahu.. yang pergi tak akan kembali...

Wahai bidadari saya, janganlah buka naskhah ini kerana semua ini hanyalah coretan hidup saya yang kemungkinan besar tiada sesiapa yang sudi menyambung kisahnya. Di antara kita, adanya saya dan awak, bunga dan sahabat. Hanan dan Gibran.

Wahai bidadari saya, janganlah renung setiap dakwat itu kerana saya tak nak setitis air permata itu gugur. Yakin sungguh saya. Ya, kerana setiap dakwat itu hanya tertera nama bidadari syurga saya. Jika mampu awak tunaikan...

Wahai bidadari syurga saya, saya sudah memberi nasihat dan peringatan. Jika benar ini yang terbaik, saya izinkan.

Wahai pembaca sekalian, silakan. Baca dan hayati. Itu permintaan saya yang terakhir.

Assalamualaikum dan selamat menerokai kisah hidup kami.

[COMPLETED] BIDADARIWhere stories live. Discover now