28

9 4 0
                                    

02:00 - 12th January 2021, Tuesday

Assalamualaikum, bidadari saya.

Hawa Nadiah binti Mohd Firman.

Akhirnya, setelah lama penantian saya. Nama tu akhirnya dapat saya akadkan. Alhamdulillah. Syukur saya panjatkan pada Ilahi kerana beri saya nikmat kehidupan ni. Walaupun perit pada mulanya namun saya percaya, semua ini adalah takdir Tuhan untuk lengkapkan kisah hidup saya, hidup kita.

Awak nampak cantik sangat dengan busana pengantin tu. Hanya Allah yang tahu betapa tergamamnya saya tika tu. Inai merah tu sangat sepadan dengan awak, bidadari syurga saya.

Bersaksikan abah, paklong, papa, Gibran dan tok kadi. Saya bersumpah pada Tuhan untuk menjaga awak seperti nyawa saya. Saya bersyukur. Di antara berjuta manusia di atas bumi Allah ni, saya yang terpilih untuk lengkapkan separuh deen awak, sayang. Terima kasih sebab bagi saya peluang untuk jaga awak sepenuh hati saya, sayang.

Saya sayang awak, Hawa Nadiah Mohd Firman and I'll always do.

Your guardian (alhamdullilah),
Zarith Elhan

[COMPLETED] BIDADARIWhere stories live. Discover now