17

12 5 0
                                    

15:49 - 20th June 2015, Saturday

Assalamualaikum, Hawa Nadiah.

Hari ini merupakan hari kedua saya sedar. Saya benar-benar ingin memanjatkan kesyukuran kepada Ilahi kerana tidak menarik nikmat ingatan daripada saya. Saya ingat awak. Saya ingat ibu, ayah, Gibran dan adik-adik. Mujur sangat-sangat. Alhamdulillah.

Saya hampir jatuh masa nak ambil wudhuk tadi. Mungkin sebab semalam saya ambil wudhuk baring. Hari ni, saya yang minta dengan ibu untuk ambil wudhuk sendiri. Sendiri? Tak adalah, sayang. Ibu tolong jugak even saya kata tak payah.

Kepala saya masih rasa pedih. Kaki pun dah tempang. Parut dah berbekas dekat dada kiri saya kesan batu yang ada dekat situ dulu. Insyaallah, semua akan okey. Doakan saya, sayang...

Yours,
Zarith Elhan

[COMPLETED] BIDADARIWhere stories live. Discover now