18

9 4 0
                                    

05:40 - 21st June 2015, Sunday

Assalamualaikum, Hawa Nadiah.

Awak tengah buat apa sekarang? Awak bahagia, kan? Alhamdulillah. Kalau awak tertanya-tanya tentang saya walaupun saya tak rasa macam tu, jangan risau. Saya dah okey...

Gibran teman saya malam tadi. Saya tersedar tadi lepas saya mimpi tadi. Allah kejutkan saya dengan mimpi kejadian sebulan yang lepas. Saya takut tapi saya tak nak ganggu Gibran. Dia nampak lena sangat. Mungkin letih attend kelas lepastu kena jaga saya lagi. Aduh, saya dah suruh balik tapi dia yang degil. Katanya, nak jaga saya sampai saya boleh discharge. See? Dia baik sangat-sangat. Pasal hari tu, kejap je dia marah. Lepas tu, takde dah. Hihi.

Sekarang, saya tengah tunggu subuh. Saya tak nak tidur dah memandangkan saya dah bangun. Nanti terlepas subuh. Harapkan Gibran? Tengok-tengok, dua-dua lepas subuh. Aduhai!

Yours,
Zarith Elhan

[COMPLETED] BIDADARIWhere stories live. Discover now