Rangsang Sari

43 1 4
                                    

"...Sang Gangga Sakti merupakan percampuran antara besi tahi bintang dengan besi semberani yang datangnya dari kawasan pergunungan Gangga Sakti. Peralatan senjata termasyhur ini telah ditempa oleh sang penempa besi handalan yang misteri, lalu terhasillah 'Sang Gangga Sakti' yang bakal memakan banyak jasad dan juga nyawa. Darah merah yang mengalir pada alurnya menjadi saksi kepada kesaktian alat pertahanan diri itu..."

Pada zaman dahulu, ada sebuah desa yang terletak di kawasan Nusantara bernama Nuri Selasih. Desa ini dijaga oleh sekelian hulubalang-hulubalang yang sasa dan perkasa. Mengikut adat dan kepercayaan orang-orang lama yang sudah menetap di lama, desa juga dipercayai sedang 'dijaga' olah sebuah keris yang dinamakan sebagai keris Gangga Ira. Keris Gangga Ira ini pula lebih dikenali olah penduduk tempatan sebagai 'Sang Gangga Sakti' kerana memiliki semangat luar biasa dan juga tahap kesaktiannya dalam menjaga keamanan penduduk kampung di kawasan ini.

'Sang Gangga Sakti', sebuah peralatan mempertahankan diri telah ditempa menggunakan besi tahi bintang bersama besi semberani yang ditemui di kawasan pergunungan 'Gangga Negara'. Selain mempunyai ira yang berbentuk bunga tanjung, keris ini diikat dengan menggunakan permata baiduri pada bahagian hulunya, selain bertatahkan ratna mutu manikam pada bahagian kerawang di bahagian bilah keris.

Syahadan 'Sang Gangga Sakti' ketika perkhidmatannya telah memakan banyak jasad dan nyawa dalam beberapa siri pertempuran dan juga pergelutan. Sudah tidak terkira nyawa melayang kerana ketajamannya. Entah sudah berapa pahlawan yang kehilangan anggota akibat dicantas oleh 'Sang Gangga Sakti'. Bekas percikan darah yang sudah kering pada bahagian alurnya itu menjadi saksi kepada penceritaan demi penceritaan dalam episod perjalanan 'Sang Gangga Sakti' ini sehingga akhirnya berada di kawasan perkampungan Nuri Selasih.

Ini adalah hikayatnya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 20, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Sang Gangga SaktiWhere stories live. Discover now