" Haih mana minah ni ..." aku mengerling jam di pergelangan tangan kiri aku . Sudah masuk jam 3 petang . Dia pergi solat ke apa ? Solat Zuhur pun dah habis tau .
"Arina !!!"
Ha datang pun ingat tak datang . Aku membuat muka kepadanya yang sedang tersengih seperti kerang busuk . Tak suka orang bazir masa ni . Masa itu emas ya anak-anak sekalian . Jangan sesekali lengahkan masa anda .
" Janji melayu " kutukku . Dia tersengih lagi .
" Alaaa sorry laaaa . Aku bukan sengaja datang lambat ke apa . Ni haa aku tahan roadblock dengan senior Jefri tau . Eeee benci tau! "
Dengar sahaja nama si Razif , badanku terus tegak . Ya Allah , apa nasib malang kawan aku jumpa mamat tak semegah tu .
" Dia tak habis tanya pasal kau dekat aku . Dia ingat dahi aku ni ada tulis ke "saya tahu semua tentang Farha Arina" ishh meluat aku ." bebelnya . Aku hanya mendiamkan diri untuk fokus dengar kronolgi Ainul yang datang ke sini .
" Terkejut aku bongok tengok senior Jefri tu tunggu aku dekat depan surau "
" Seriusla mamat tu tunggu situ ? Dia tak malu ke tunggu situ ish " aku mula nak naik angin . Tak hormat betul privasi seseorang . Maunya si ainul ni tengah betulkan tudung ke apa tak ke jadi masalah nampak aurat . Situ dah kawasan pelajar muslimah ke surau . Haih ..
" Entahlaa .. ish kau tak sedar ke dia minat kau dari kau masuk sini lagi . Even kau palau dia but still dia obses gila dengan kau . Ish tak faham la aku . Betul la orang cakap cinta itu buta . Orang palau pun still terhegeh-hegeh nak juga " bebel Ainul . Aku hanya mendiamkan diri . Sebenarnya , aku malas nak dengar tentang Jefri tu tapi bila selalu dapat berita yang dia sering mengacau kawan aku . Tu aku pantang sekali .
Dari awal semester dulu dia dah ganggu siap luah perasaan dia dekat aku . Faham tak , kau baru kenal orang tu then tetiba orang tu confess dekat kau . Sudah dia suka mengacau aku masa study di mana-mana tempat saja dalam kampus . Memang aku tak nak stayback ke apa dalam kampus ni , aku terus balik rumah .
Lagiiiiii aman dunia nak belajar .
" Kau dengar tak apa aku bebel ni ? "
" ye aku dengar , Ainul . Lepas ni kau jumpa dia terus kau pecut lari . Kata jaguh lari pecut . Apa cer ? "
" Ishh kau ni . Kemain nak sindir aku . Ish , senang la kau cakap . Lagi kita lari , lagi dia kejar tahu tak " Ainul mendengus geram . Siapa je tak geram , setiap kali Ainul yang jadi mangsa jawab soalan dari Jefri . Tanya soalan macam polis pencen dah . Macam-macam soalan tanya .
Aku mengeluh perlahan . " Aku minta maaf , Ainul . Sebabkan aku , kau selalu jadi mangsa Jefri tu " aku rasa bersalah pada ainul . Apa-apa dia yang kena .
" Eh , aku bukan marah dekat kau . Aku marah si jefri tu . Memang patut kau lari dia . Rimas tanya soalan macam polis pencen dekat aku . Argh , takde aku tak restu kau dengan dia . Ingat restu kawan pun penting tau " aku tertawa kecil . Ya Allah , sempat lagi si ainul ni buat lawak .
" Weh , hujung minggu ni jom keluar nak? Aku nak beli barang sikit " aku mengerut dahi . Hairan . Jarang si ainul ni nak keluar shopping .
" Kau nak pergi shopping ? Seriously , Ainul Mardhiah ? Kau demam ke apa hari ni ? " pelik juga si Ainul . Dia bab nak shopping ni la paling malas gila . Sampaikan ibu dia cakap Ainul ni perempuan paling pelik di dunia . Bayangkan ibu sendiri cakap . Hahahaha .
Ainul cakap shopping ni paling bosan . Menghabiskan tenaga dan wang ringgit saja .
Apa-apa la kau , Ainul . Memang kau sorang je pelik .
YOU ARE READING
Mr.Annoying 2 !
عاطفيةAMARAN ; SILA BACA DULU FIRST BOOK MR. ANNOYING THEN BARU MASUK SEASON 2 NI ! SEBELUM KEPALA ANDA JADI PETAK ( ◜‿◝ ) _____________________________________ Selama enam tahun hidup Farha Arina menjadi sunyi selepas Syed Iskandar Zulkarnain mengh...