- BAB 7 -

34 2 0
                                    

"Aku minta maaf dari pihak anak kami. Kami terpaksa tolak pinangan Emir" Abah menolak kotak baldu merah di atas meja ke arah pasangan suami isteri tersebut.

Wanita yang berusia 60-an itu sedikit terkejut apabila pinangan anak lelakinya ditolak.

"Mad, kau tak pujuk ke anak dara kau tu? Apa kata kau bincang elok-elok dengan dia. Kalau dia perlukan masa lama mana pun tak mengapa asalkan dia terima anak aku. Bukan apa, anak aku tu suka pada anak dara kau. Lagipun mereka berdua pun sudah lama kenal dari kecil lagi. Aku rasa tiada masalah kalau hal perkenalan ni" Wanita itu tertawa kecil untuk menghilangkan rasa janggal kena tolak. Berharap sangat pinangan anaknya tidak ditolak.

Aki yang duduk di sebelah abah hanya membuat muka kurang senang. Dia jaga cucu kesayangan dia dulu, dia tahu siapa yang cucunya berkawan.

"Mintak maaf lagi sekali, Munirah. Aku dan sekeluarga terpaksa tolak pinangan ini. Aku bukan apa tapi buat masa sekarang ni anak aku nak sambung belajar dan dia masih muda lagi nak pikul tanggungjawab sebagai seorang isteri. Kahwin ni bukan benda boleh bawa main, Munirah" Abah berkata dengan tenang.

Munirah, ibu kepada Emir. Dia mendengus geram. Tak guna betul!

"Mad, jangan buat kami begini. Malu kitorang." Lelaki yang berusia yang duduk bersebelahan Munirah itu bersuara apabila mendengar penolakan dari kawannya.

"Aku minta maaf, Usop. Buat masa sekarang ni aku tak izinkan anak aku berkahwin. Aku nak dia capai cita-cita dia dulu. Pasal mereka berdua kenal dari kecil itu, aku tak rasa mereka ada hubungan yang baik. Emir tu selalu buli anak aku masa dia kecil, ingat aku tak tahu? Ini kan nak kahwin dengan anak aku entah apa dia nak dibuatnya." Abah semakin bengang apabila pasangan suami isteri ini tidak faham bahasa.

Sudah cakap tak nak, tak nak la.

Munirah mendengus geram. Tak guna! Memalukan nama keluarga aku.

"Sudah la, bang. Kita balik rumah. Duduk sini lagi lama menyakitkan hati kita saja!" jerkah Munirah lalu dia menarik lengan suaminya untuk keluar dari rumah Aki dan TokMa. Tidak lupa bekas baldu berwarna merah itu diambil juga.

"Biar anak dia jadi anak dara tua!" sambungnya. TokMa yang mendiamkan diri ingin bersuara tapi abah menggelengkan kepala. Tak usah, orang macam ni bukan boleh bincang elok-elok yang tahu nak melenting saja.

Semua yang berada di ruang tamu itu hanya menggelengkan kepala melihat perangai suami isteri itu keluar dari rumah. Patut anak macam tu rupanya mak ayah dia pun sama saja. Dua kali lima.

"Arin, meh keluar. Diaorang dah balik tu" panggil Aki. Aku yang tadi hanya duduk di sebalik dinding ruang tamu itu hanya mendengar dan sekilas melihat mereka tadi. Kaki aku terus bergerak melangkah ke arah mereka semua yang duduk di ruang tamu.

Selepas aku mendapat tahu ada orang ingin masuk meminang aku, terus satu keluarga bergerak ke kampung. Ini bukan pertama kali tapi sudah banyak. Kali ini sudah ada tiga orang yang masuk meminang aku di kampung. Bukan aku tidak mahu tapi aku tidak kenal langsung lelaki-lelaki itu.

Buat apa kahwin orang yang kita tidak kenal? Mahu kena pukul, nauzubillah. Minta dijauhi.

Aku terus melabuhkan punggung di sebelah mak lalu aku terus memeluk pinggang mak. "Salah ke apa yang Arin buat sekarang, mak?" aku merintih kepada mak.

Tangan mak mengusap kepala aku yang dibaluti tudung bawal. "Tak salah, Arin. Kahwin tak boleh bawa main-main. Kami semua nak yang terbaik untuk Arin. Tak nak la nanti Arin dapat suami yang tak bagus. Dah, tak payah sedih-sedih. Arin tak ada buat silap pun." 

"Betul tu, Arin. Aki pun setuju kata abah dan mak kamu. Lagipun kita semua tahu yang Emir tu bukan lelaki bagus. Satu kampung tahu perangai dia cuma itu la mak ayah dia yang selalu menangkan sangat anak diorang tu betul. Aki dan TokMa pun tak berapa berkenan pada Emir tu jadi cucu menantu. Ya Allah, minta simpang malaikat budak tu dengan kamu." Aki bersuara. TokMa pun hanya mengangguk kepala.

Mr.Annoying 2 !Where stories live. Discover now