PROLOGUE

12 1 0
                                    

" Abang takut Umi Abi hilang dan pergi jauh dari Abang ! Tolonglah Umi Abi , jangan !! Nanti sapa yang nak jaga Angah dengan Adik kalau Umi Abi tak ada dengan Abang , Abang takut Abang tak mampu ! "

---------------------

' Ehhh Abang Am , Abang dah kenapa ? '
tanya Ainaa pada abang sulungnya , Amaar Rizki . Amaar , abang sulungnya yang kini memegang status sebagai penjaga kepada adik adiknya , Aryaan Khaleef dan Ainaa Insyeerah , sedikit terkejut dan lalu diketawakan Ainaa .

' Oiy dik , dah gempar aku , dia pulak yang mengelamun ! '
kata Amaar kepada adiknya .

' Ehh sorry bang sorry !! HAHAHA !terkejut kiter ! ' balas Ainaa

' Haihh apalah yang adik menungkan sampai abang panggil pun adik tak sedar , ingatkan pakwe dekat sekolah erk ? '
kata kata Amaar disambut jelingan maut Ainaa .

' Mana ada lah bang , orang fikir benda lainlah . Ingat adik ni murah sangat ka nak jadi makwe orang ? Lainlah abang tu , ada Kak Mawar . Dah la cantik , lawa pulak tu haihh '
Amaar terkedu mendengar balasan adiknya , like seriously ?? Marah gila adik aku ni bila cakap bab couple zaman sekolah ni .

Macam la Amaar tak tahu yang adiknya ada crush , lagipun couple ni kan dah macam benda trend yang budak sekarang buat , mustahil adik dia takkan terlibat , cuma satu harapan dia , adik adiknya takkan terlalu taksub dengan cinta zaman sekolah dan adik adiknya tidak sia siakan pelajaran di sekolah seperti yang pernah berlaku padanya dahulu .

Amaar tak mahu adik adiknya mengikut jejak langkahnya yang tersesat ke asmaraloka yang dicipta sendiri .

' I need to make sure Adik dengan Angah takkan jadi macam aku dulu , menyesal wey sia sia ja dulu.. Tulah banyak sangat main , sanggup libat dengan sukan sampai tak masuk kelas demi perempuan '

KRINGG KRINGG !!

Amaar tersedar dari lamunan yang dia alami . Ehhh dah pukul 2 pagi !!
Ya Allah apalah yang aku fikir sampai dah lewat tidur , esok nak kerja lagi , dah la kena overtime esok ! Karang tersengguk dekat meja mampus aku !!

Amaar mula menyiapkan diri untuk tidur sementara masih ada waktu yang tersisa .

Keesokan Harinya .

Amaar bangun pada pukul 6 pagi untuk menyiapkan sarapan dan bersiap sementara Amaar membangunkan adik adiknya .

' Oiy angah , adik , bangun cepat , lambat nanti kena denda ! '

' Jap abang , Jap !! ' terdengar Ainaa menyahut dari dalam bilik tidurnya .

' Angah bangunlah Angah.. Dah pagi ni.. Hari ni ada exam kan ? Addmaths pulak tu ! Dah dah bangun ' paha Aryaan ditepuk manja abangnya .

' Jap bang , 5 minit , 5 minit !! '
' Banyaklah kau punya 5 minit , bangun sekarang sebelum kena karate dengan aku ' marah Amaar .

Teenage Love Story : Asmaraloka Muda Mudi Where stories live. Discover now