CHAPTER 3

3 0 0
                                    

  ' Am , woy Am , tu awek kau tu si Mawar tu , uishh lawa beb , share sikit boleh dak ? ' ujar Zafri , kawan sekelas Amaar ketika di sekolah menengah .

' Uinaa gak bisa dong , aku takkan benarkan mana mana lelaki apatah lagi yang sengkek macam kau tu untuk kacau si Mawar tu , aku takkan benarkan kau kacau best friend aku ! ' Amaar bertegas .

' Ceyy Am jaga awek dia matt ! ' Zafri masih mahu menyakat Amaar .

' Dah la tu sial kau kalau tak nak kena tampar , sangatlah dipersilakan untuk berdiam diri , atau aku tolong kuncikan mulut tu ! ' balas Amaar yg agak kasar mengundang resah pada Zafri . Tahulah Zafri yang Amaar tidak suka dirinya diship dengan mama mana perempuan .

————————————————————

Amaar tersenyum mengingati kenangan indah zaman sekolah yang dialaminya . Sejujurnya Amaar amat merindui zaman sekolah dan kawan kawan sekelasnya . Rindu dengan suasana dia menjadi rebutan gadis dan pelajar serta guru wanita yang masih muda . Rindu menjadi bualan hangat pelajar dan wajahnya sentiasa memasuki majalah sekolah dahulu .

Amaar segera bangun menapak ke bilik tidurnya untuk mendapatkan majalah sekolah koleksinya sedari di Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 untuk dihayati kembali .

Setitik demi setitik air mata Amaar jatuh bila mengenangkan pelbagai peristiwa suka duka yang dialaminya sedariusia dini . Sudah pasti berkenaan kehilangan Umi dan Abi yang merenggut jiwanya , bagaikan patah sebelah sayapnya bila hilang dua orang tuanya atas kecelakaan yang tidak disangka akan berlaku .

Semuanya bermula tika Amaar berada di darjah 6 , tika itu Ainaa masih sangat kecil , teramat kecil . Yelah masih bayikan haha dan Aryaan pula masih berada di darjah 3 .

Mereka sekeluarga telah merancang untuk bercuti bersama sama disebabkan oleh selama ini , Umi dan Abi terlalu sibuk hal kerja jadi akhirnya mereka dapat bercuti . Tapi pada Amaar , itulah percutian pertama dan terakhirnya bersama Umi dan Abi .

Amaar masih lagi merasa sesal kerana dia menganggap bahawa punca kematian arwah Umi dan Abi adalah dari dirinya sendiri , kerana dialah yang begitu beria ria ingin bercuti dengan ahli keluarganya . Tanpa disangka peristiwa duka itu berlaku , yang berjaya diselamatkan hanyalah dia dan adik adiknya .

" Umi , Abi , kita naik cable car boleh tak Umi , Abi ? "

" Boleh saja apa yang Abang dan adik adik nak semua kita buat "

" Betulkan ni Abi ?? Wahhh bestnya !! Thanks Abi , Umi !! "

" Ye Abang semuanya . Kita berseronok dahulu sebelum Umi Abi masuk kerja sebab kita taktau bila last kita dapat enjoy macam ni kan , Abi ? " Tanya Umi kepada Abi .

" Yes , betul apa yang Umi katakan , so what do you guys want for today ? Or nak rest dulu ? "

" Kita rest dululah , tak penat ka dari tadi drive sampai Langkawi then taknak rest pulak . Abang rest dulu , esok kita enjoy ! "
Balas Umi .

————————————————————

Teenage Love Story : Asmaraloka Muda Mudi Where stories live. Discover now