CHAPTER 1

8 1 0
                                    

  ' Am !! Wey Am !! Cepatlah kau ni lembab lah macam siput sedut kau tahu ?! ' pekik Mawar , sahabat baik Amaar sedari zaman tadika lagi .

' Ehh sabar la sikit Saudari Mawar Izzatiy binti Firdausi . Asal terpekik pekik nama aku ni , kau rindu aku erk ? ' balas Amaar sengaja mengusik Mawar .

' Ehh sorry erk Am , tak ingin aku dengan kau lah siput '

' Mana ada siput lahh !! Aku lari laju kot , kau tak ingat ka aku atlet sekolah tau dulu , tak baik dho kau hina best friend kau ! Merajuk karang nyesal ! '

' Ehhh kisah pulak aku nak merajuk ka menangis ka suka hati kaulah Am , yang pasti kau memang siput abadi , dulu ja hebat , sekarang dah tak ada yang nak dikejar , tu yang jadi siput tu ! '

' At least aku ni siput , tak macam kau tu , kaki bangku '

' kaki bangku pun 9A lah.. kau apa je ?! '

Tiba tiba.....

' Oiy sudah la oiy bila you dua olang  mau buat kerja ma , customer suda marey , ramai oiy , you guys bising bising dalam stor , apa mau jadi lo , mau kerja , kerja elok elok laa bukan culi tulang ma . '

Ahhh sudah , Miss Anne sudah marey ! Habislah dia kalau datang mesti tak kasi tau , suka sangat buat surprise dekat pekerja dia . Nasib umurku masih panjang kalau tak !!!

' Sorry Miss sorry , janji tak ulang ma ! ' balas Amaar dan Mawar serentak .

' You dua olang sorry manyak kali pun macam gini aja I tengok ayaaa manyak pening ooo ! '

Amaar seperti biasa , menahan ketawa dari meletus akibat slanga Cina dari bos mereka yang masih kuat tu seperti takkan hilang walau bos mereka seorang yang berjiwa Melayu .

Mawar mencuit Amaar disisi untuk mengingati Amaar agar tidak ketawa bila bos mereka sedang marah .

Pukul 6 petang

Amaar baru sampai ke rumah dari Kafe Authentic Paradise , tempat kerjanya setelah selesai menghantar Mawar pulang sebentar tadi .
Dengan penuh rasa penat dan letih , Amaar terbaring lena di atas katil empuk miliknya . Lalu Amaar teringatkan sebuah kenangan indah zaman kanak kanaknya .

' Umi , Abi nak kemana ? Kenapa kita semua kena siapkan beg baju ni ? Kita nak pergi kemana Umi , Abi ?

' Abang ikut je dulu , InsyaAllah tak ada apa pun , kita nak pergi berjalan je Abang . '

' Yeke Umi ? Yeayyy seronoknya ! Kita nak pergi mana Umi ? '

' Not very sure but tempat yang kita nak tuju ni mesti Abang suka sangat ! '

' Ok Umi , Abang siapkan beg baju Abang dulu '

Tersenyum senyum Amaar mengingati kenangan indahnya dahulu , yang sudah pasti takkan dapat dirasai kini . Tanpa Amaar sedar , senyuman dalam mimpinya terbit ke alam nyata , lalu Ainaa yang sudah menyiapkan makan malam kehairanan melihat abangnya ketika mahu membangunkan abangnya .

Teenage Love Story : Asmaraloka Muda Mudi Where stories live. Discover now