CHAPTER 2

1 0 0
                                    

  ' Abang ooo bang , bang bangunlah makan malam karang midnight japgi nanges pulak masuk angin.. bangun cepat bang !! ' panggil Ainaa .

Haihh bila laaa Abang aku ni nak bangun ! Ni kalau dibiar je dekat sini alamatnya jenoh la kau nak masak maggi dekat Abang kau . Macam taktau je Abang kau tu mengada lebih . Ehh dia ni tidur mati dah ni !!

' Abang oiy bangunlah cepat !! ' kejut Ainaa lagi . Haihh tak bangun jugak gaya kena guna taktik lama dulu kot HAHAAHA okey lah kejap . Tunggu kau Abang muahahaha !!

' Angah !! Tolong adik bangunkan Abang jap.. Alaaa Angah guna la taktik lama Angah dulu mana tahu menjadi pagi kalini hehehe !! ' Ainaa pandang Aryaan penuh mengharap .

' Yelah sabor ler dik . ' Aryaan membalas

' A'uzubillah himinashaitaanirrojim , Bismillah hirohmaa nirrahim , yaa siin , wal qur'an nil hakim, innakala minal mursalin....... '

Kelopak mata Amaar mula terkedip kedip lalu terbuka luas akibat terkejut mendengar Aryaan yang sedang mengalunkan Surah Yasiin terhadap dirinya .

' Weyyy Angah , Adik apa ni ?? Kasar gila dho cara kau orang bangunkan aku , weyyy sudah umur aku panjang lagilahh ' Aryaan yang mengetuai bacaan Yasiin prank terhadap abangnya masih meneruskan bacaan seperti tidak mendengar panggilan abangnya .

' Ya Allah ANGAH !!! ADIK !!! sudah sudahlah tu nak kena depa dua ni ' Amaar bangun lalu Ainaa dan Aryaan serentak menutup Surah Yasiin dan lari tak cukup tanah keluar dari bilik abangnya .

Haaaa tahu pun takut , tulah siapa suruh kacau harimau beradu , kan dah kena !!

' Adik , Angah mari sini ! Kalau sampai aku sendiri yang jumpa siap korang ! '

Marah Amaar . Sejujurnya Amaar mudah terjaga bila Aryaan mengalunkan Surah Yasiin kerana pendirian Amaar sendiri yang takutkan kematian atau lebih tepat dia takut dia pergi sebelum dapat melihat kedua adik adiknya bahagia tanpa dirinya . Amaar mengalami necrophobia iaitu sejenis fobia terhadap kematian akibat kenangan silam masa lalunya .

Penyakit fobia yang dialaminya bermula dengan kehilangan satu persatu ahli keluarga tua yang disayanginya bermula dari Datuknya , Neneknya , Makciknya dan akhir sekali Umi Abi yang pergi serentak bersama ketika mereka di dalam kereta kabel untuk menaiki Gunung Machinchang , Langkawi .

Akibat insiden berkenaan , masa kecil Amaar dihantui dengan kata kata akhirnya Umi Abi yang berpesan kepadanya agar menjaga adik adiknya dengan penuh kasih sayang . Tak disangka , ternyata kenangan sedih tu sudah 20 tahun lamanya . Amaar hairan bagaimana dia boleh menjadi kuat dalam mengharungi jalan hidupnya , dia pasti , amanat Umi Abi lah yang menguatkan semangat hidupnya .

—————————————————

' Angah , kenapa dengan Abang tu ? Dia macam teringatkan sesuatu yang menyedihkan ! ' ujar Ainaa kehairanan .

' Mungkin ada peristiwa silam yang Abang lalui dan dia tak ceritakan dekat kita ? Aku nak cuba koreklah apa benda yang buat dia sedih sangat tu . Instinct aku kuat mengatakan apa yang Abang tu pendam , mesti berkaitan dengan Umi dan Abi . '

' Aku pun rasa macam tu la Angah . Angah pergilah tanya Abang tu '

' Ehhh adik , kau tu asyik rasa rasa je macam tu bila aku dah bagitau apa yang aku rasa , tapi kalau aku tak kata apa apa kau pun sunyi sepi ja . Pirrahh ! ' balasan Aryaan disambut ketawa Ainaa .

' Ehhh Abang masih beranganlah jomlah gempar dia . Penat dah ni aku tunggu nak makan lapar dah , yang dia dok berangan , dok ingatkan Kak Mawar la tu ' gerutu Ainaa .

' adik , aku ada satu idea ni..... '

' haahh cun , okey ready erk , 1 ! 2 ! 3 ! '

' ABANG !! JOM MAKAN !! '

Tersentak Amaar mendengar laungan dua orang adiknya ditepi telinganya , fuhh kus semangat . Bergegar gegendang telinga kalau sekuat itu paduan suara mereka berdua .
Amaar terkejut lalu menjegilkan mata pada adik adiknya .

' Abang ! Usah dilayan kenangan sedih yang Abang lalui dulu , dah jom kita makan karang sejuk tak sedap . By the way adik nak bagitau siap siap yang adik malas nak masak maggi malam ni kalau Abang tak makan malam sekarang !! So kalau tak makan tu pandai pandailah tanggung perut sendiri !! ' pesan Ainaa .

Teenage Love Story : Asmaraloka Muda Mudi Where stories live. Discover now