Unit Rawatan Intensif (ICU). Pandangan Aisha datar terhadap sekujur tubuh kaku di dalam bilik ICU itu. Wayar jelas membelit di sekitar tubuh lelaki itu. Riak wajahnya kosong. Kini, dia berhadapan dengan doktor Hakim yang merawat tubuh kaku tersebut.
"Seperti saya mention pada puan, possibility untuk patient hidup adalah sangat rendah."
Mereka jeda.
"Jadi, the best yang kami boleh buat sekarang adalah meringankan perjalanan akhir pesakit. But, we need your consent, kami perlukan kebenaran puan sama ada bersetuju atau tidak untuk kami teruskan dengan rawatan palliative"
End life care atau Rawatan Paliatif.
Suatu rawatan bagi meringankan perjalanan akhir pesakit yang diambang kematian.
Pandangan Aisha kembali pada sekujur tubuh di dalam bilik itu sebelum dia membuat keputusannya tanpa ragu.
"Kita teruskan dengan palliative care"
Sementara itu, dia mengeji tubuh kaku itu. Tubuh yang dahulunya penuh angkuh, akhirnya bisa tersungkur lemah di atas katil. Dia tidak berkehendak melawat lelaki itu. Namun, panggilan telefon dari inspektor Hassan memaksa juga dia ke situ.
"Maaf mengganggu, Puan Aisha. Saya ASP Hassan. Kes kemalangan Tengku Ghibran adalah dibawah siasatan saya. Saya perlu melakukan beberapa soal jawab dengan Puan berkaitan kes ini bagi membantu sisatan kami. Boleh, saya minta Puan ke balai bagi memberi keterangan?"
"Sure, i'll be there soon"
Lantas , mengembalikan dia pada senario satu jam lepas tatkala dia terperangkap bersama jejaka asing di dalam lif sebentar tadi.
"Aku mahu orang itu hidup, inspektor Hassan. Make sure that body alive!"
Dada Aisha jadi sesak.
Sesak akan kenyataan jejaka asing tersebut.
Hampir sahaja dia rebah tatkala dia tanpa sengaja mendengar isi perbualan telefon jejaka itu.
Kerana dia yakin, tubuh yang dimahukan jejaka itu adalah tubuh Tengku Ghibran.
Jejaka itu mahukan tubuh kaku itu untuk terus hidup.
Aisha mengetap bibir.
Tidak!
Dia tidak akan benarkan tubuh jantan itu hidup
Kerana dia yakin bantuan tuhan untuknya telah tiba.
Ini adalah bantuan tuhan untuknya.
Jawapan tuhan untuk doa-doanya pada setiap malam.
Dia tidak mampu mengorbankan kebebasannya.
Ini sahaja peluang yang dia ada.
Dia mengetap bibirnya lagi. Hampir sahaja bibirnya pecah.
Memikirkan, jejaka asing itu bakal menyulitkan urusannya, dia jadi khuatir.
Telefon bimbit segera dia capai. Jalan terakhir dia punya adalah meminta bantuan inspektor Hassan.
Tatkala panggilan bersambut, suara Inspektor Hassan langsung menerpa pendengaran.
"Puan Aisha," suara ragu inspektor Hassan jelas kedengaran.
"Inspektor, saya perlukan bantuan pihak Inspektor."
Aisha Jeda sebelum dia membuat keputusan itu. Tindakan gilanya untuk membayar nyawa tanpa belas, tanpa simpati. Lantas menjadi itu sebuah kesilapan terbesar yang bakal merangkap dirinya pada takdir maha kejam dari hakikat yang sedang dia jalani.
.
.
.
YOU ARE READING
LUTHFI AISHA
RomanceAisha membentak, lantas berundur mencipta jarak antara tubuh dia dan lelaki itu. Bimbang dengan emosi yang terzahir antara mereka. "Kes ini, tiada kaitan langsung dengan aku. Tapi kau buat aku macam pesalah!" sedangkan lelaki itu terus merapatkan j...