Tanah Perkuburan Islam Sungai Buloh. Ian berdiri tegak di bawah payung. Di tangannya ada sekaki payung untuk majikannya. Pesanan Dato' Haji Ameer sebentar tadi dia tidak lupa.
"Tengokkan Luth. Buat masa sekarang, jangan biarkan dia seorang. Pak long risau, dia buat perkara yang membahayakan diri dia dan orang sekeliling" pesan Dato Ameer, merangkap paklong majikannya.
Ian, mengetap bibir. Memikirkan hujan bakal turun, dia jadi risau. Namun, bila majikannya mengarahkan supaya dia berdiri diluar tanah perkuburan itu, dia terpaksa menurut akur. Lantas, membiarkan jejaka itu sendirian meratapi pemergian insan tercinta.
Langit yang pada awalnya hanya mendung mulai menurunkan gerimisnya. Angin sejuk bertiup menyapa wajah menambahkan remuk hati. Urusan pengebumian telah selesai, manusia mulai beredar, namun figura tegap itu terus statik. Sehingga semua berlalu, dia disitu , masih menemani pusara. Setia melutut di atas tanah di tepi pusara insan itu.
Pandangannya pada pusara itu redup sekaligus mendera terus emosinya.
Hakikat bahawa satu-satunya ahli keluarga telah pergi, dunianya serta merta jadi gelap.
Serentak itu juga, Setiap kenangannya bersama insan itu terus berlayar dalam fikiran. Umpama filem.
Merah matanya hampir reda. Namun, tatkala satu - persatu tayangan memori mereka sejak kecil menjengah, pandangan matanya kembali kabur.
Gerimis hujan terus mengeruhkan suasana.
Dan tatkala ingatannya kembali pada malam kejadian, emosinya langsung berubah. Pandangan matanya jadi gelap. Riaknya berubah dingin.
Pusara merah itu di tatap buat sekian kalinya sebelum dia bangkit lantas mambawa kaki panjangnya keluar dari tanah perkuburan itu.
Ian yang berdiri di bawah pokok pantas mengejar langkah majikannya. Gerimis yang makin lebat menyukarkan sedikit perjalanan mereka. Audi Q8 yang terpakir di luar perkarangan tanah perkuburan itu, mereka langsung masuk. Lantas Luth bersandar sambil kepalanya mendongak menatap siling kereta.
Jejaka itu memajamkan mata seketika, meredakan sakit kepala yang tiba tiba hadir. Kepalanya terasa berat. Hujan malah menambahkan sakit kepalanya.
Seketika, rambut basah yang jatuh ke dahi, diraup kasar.
Bila kereta mulai bergerak di atas jalan besar, Ian segera bertanya.
"Tuan, kita perlu kemana?"
Ting
Serentak itu, sebuah notifikasi masuk ke dalam peranti telefonnya.
Kening lebat jejaka itu jadi terangkat.
'RM 10 000 000 has been credited to your account.'
Notifikasi itu buat rahangnya bergerak, jelas menahan amarah. Hampir sahaja peranti itu pecah dek dicengkam kuat oleh tangan kekar tersebut.
"KL Specialist" Luth menjawab dingin.
Harapan Ian untuk menghantar jejaka itu pulang dek risau tatkala mengenangkan tubuh jejaka itu yang terkena hujan, terus punah bila mendengar suara dingin itu.
Melihat wajah beku itu, Ian tidak jadi membantah lalu menganguk akur.
.
.
.
.
.
.Abaya hitam yang membaluti tubuh wanita itu beralun seiring dia berjalan. Selendang hitam terletak longgar di kepala hampir lucut tatkala dia terburu-buru menuruni tangga kediamannya. Terkial kial dia membetulkannya semula. Sesekali, bibirnya, Aisha ketap. Sejak dia menerima panggilan dari pihak hospital, dia jadi kusut.
"Puan, Mr Luth is here. He... I'm not sure what is the problem, but it seem you need to be here as soon as possible."
Dia hela nafas berat.
Aisha fikir, hidupnya akan jadi normal bila susuk jantan itu berubah kaku.
Ternyata, dugaannya silap.
Siapa sangka, rancangannya akan jadi sulit dengan campur tangan lelaki asing itu.
Biarpun hujan lebat sedikit menyukarkan pandangan matanya, Mazda CX9nya terus meluncur membelah lebuhraya pada kelajuan luar biasa.
Sesekali, stereng kereta digenggam kuat.
"Apa masalah lelaki itu?!"
Bukankah lelaki itu sudah menerima sejumlah wang yang banyak!
Apa duit yang dia hantar itu tidak cukup?
Aisha mengetap bibir.
Dia yakin, kes lelaki asing itu ialah kes dendam.
Tidak boleh!
Campur tangan orang asing bakal meranapkan segala agendanya!
Perlukah dia berlutut memohon maaf atas kesalahan orang lain?
Bullshit.
Baiklah!
Dia bersedia melutut meminta maaf jika itu yang lelaki asing tersebut mahu.
Dia akan membuat apa sahaja yang lelaki itu mahu, asalkan rancangannya tidak punah.
Dan setelah itu, dia harus mengunakan khidmat peguam peribadinya.
Dia enggan menangguhkan lagi kes ini.
Dia perlu menghubungi peguam peribadinya supaya kes itu diselesaikan segera.
Peranti telefon di cari setelah dia melepasi plaza tol Sungai Buloh, namun gagal.
Dia mencela kebodohan sendiri.
Seriously Aisha?!
Hal sepenting itu, macam mana dia boleh cuai.
Aisha mengetap bibirnya lagi.
At this rate, she gonna make her lips bleeding.
.
.
.
.
.
YOU ARE READING
LUTHFI AISHA
RomansaAisha membentak, lantas berundur mencipta jarak antara tubuh dia dan lelaki itu. Bimbang dengan emosi yang terzahir antara mereka. "Kes ini, tiada kaitan langsung dengan aku. Tapi kau buat aku macam pesalah!" sedangkan lelaki itu terus merapatkan j...